Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee : Ingatkan Toyol Yang Curi Duit, Rupanya...

Kak Gee 04/08/2020 | 10:51 MYT
Soalan:
Salam Kak Gee, boleh panggil saja saya Normah.
Saya ada masalah dengan anak saya yang kini berusia 13 tahun.
Saya dah syak lama dah tapi tak ada bukti sehinggalah kelmarin.
Allahu, rasa nak menangis saya Kak Gee.
Selama ini ingatkan Toyol yang curi duit saya, rupanya anak sendiri.
Duit dia curi tu tak banyak, kadang-kadang RM5 atau RM10 tapi kerap.
Sebelum ni saya adalah jumpa bomoh, katanya toyol curi.
Lepas tu hati saya macam tak sedap hati, saya jumpa seorang ustaz ni dia terus kata anak saya.
Now barulah saya percaya Kak Gee.
Apa saya nak buat ni? Kalau ditegur takut dia malu pula curi duit ibu sendiri.
Jawapan:
Walaikumsalam Normah, terima kasih kerana sudi #PMTepiKakGee.
Kak Gee sebenarnya kagum apabila Normah tidak ‘melatah’ terus marah anak.
Normah sebaliknya mencari jalan terbaik untuk menegur kesilapan anak.
Pada pendapat Kak Gee, pertama sekali jika Normah rasa bersalah sangat nak tegur cubalah simpan duit itu di tempat yang paling selamat.
Mungkin dari situ, anak akan putus asa mencari dompet atau tempat simpanan wang Normah.
Tapi sebaik-baiknya ada bersemuka dengan anak, tanya baik-baik apa punca dia mencuri.
Ada ada barang yang dia teringin tapi segan nak cakap?
Ataupun dia guna wang berkenaan untuk melepak dengan kawan atau sebaliknya.
Disebabkan jumlah itu masih sedikit, lebih baik Normah berbincang.
Takut dibiarkan nanti ia akan menjadi habit buruk kemudian hari.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Itu kisah Azmah, bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?
Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagaian ragam serta gelagat.
KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.
Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.
Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.
Selain Anita, pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.
Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
#Viral #Viral #Pencuri #Toyol
;