PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee; Isteri Lara 6 Tahun Kahwin, Suami Tak Mahu Anak
SOALAN
Hi Kak Gee,
Saya sudah enam tahun berumah tangga dan teringin menimang cahaya mata. Masalah saya sekarang rumah tangga saya tak normal macam orang lain (saya rasalah)...
Saya masih muda, suami sedikit berusia. Suami tidak mahu anak. Malah saya pernah keguguran gara-gara tertekan dengan suami. Ketika itu saya hamil anak sulung kami, namun suami tidak mahu saya meneruskan kandungan.
Sudahlah perkahwinan pun dibuat secara rahsia...Saya pun tak faham apa ERTI RUMAH TANGGA bagi suami...Nak kata hubungan tak baik, aktiviti seksual seperti biasa, cukup...Nafkah zahir, makan pakai pun cukup...Tapi bila berbincang tentang anak, dia akan tarik muka diam membisu seribu bahasa!
Oh ya! Saya berkahwin dengan suami dia bergelar duda anak dua. Kedua-dua orang anak itu dah dewasa dan yang perempuan bakal berkahwin tak lama lagi.
Tolong saya Kak Gee...Kenapa suami tak mahu anak? Saya buntu mencari di mana kesilapan dan kelemahan diri saya dalam melayari bahtera rumah tangga ini. Apa yang perlu saya lakukan untuk memujuk suami?
Kak Gee, tolong...
Yang Benar,
Isteri Lara
Foto: Geng Mak Mak | Tonton siri ini di gempak.com/video
JAWAPAN
Hi Isteri Lara, apa khabar? Terima kasih sudi beri kepercayaan pada Kak Gee untuk kongsi sedikit pandangan dan membantu anda mencari solusi buat dilema yang dihadapi.
Perkahwinan adalah sebuah persefahaman dan toleransi dari kedua pihak. Ia juga adalah tentang berapa dalam sebenarnya kita mengenali pasangan masing masing.
Jika melihat dilema anda dari sudut pandang suami, Kak Gee faham mengapa mungkin dia tidak lagi mahu memiliki anak. Hal ini kerana mungkin selain faktor usia, dia juga sudah memiliki zuriat dari hasil pernikahan sebelum ini. Jadi sebagai seorang lelaki dan suami, dia sudah memegang title bapa dan punya tanggungjawab terhadap dua anaknya sebelum ini.
Sebab itu Kak Gee rasa, suami anda tidak mempunyai keinginan yang begitu besar seperti anda untuk memiliki cahaya mata.
Berbanding lelaki, perempuan atau isteri selalunya yang lebih banyak memiliki naluri untuk punya anak. Jadi Kak Gee amat faham keresahan dan kesedihan anda setelah 6 tahun berkahwin tetapi suami masih juga tidak ingin 'bekerjasama' untuk memiliki anak hasil dari pernikahan bersama anda.
Biarpun ia sangat mengecewakan, tetapi Kak Gee minta Isteri Lara pandang dari sudut positif. Lihat semula sebaik baiknya hal hal lain mengenai sikap suami yang tidak ingin memiliki anak. Mungkin suasana rumah tangga kalian akan berbeza jika sudah memiliki anak. Atau akan terjadi hal hal yang anda tidak tahu dan ada sebab mengapa sehingga kini Allah juga belum memberi anda rezeki hamil lagi.
Salah satu usaha yang Kak Gee sarankan buat Isteri Lara, apabila suami masih lagi berkeras untuk tak punya anak, berdoalah. Berdoa kepada Allah agar dilembutkan hati suami untuk kalian memiliki anak. Minta Allah bukakan minda dan hatinya bahawa tidak adil untuk dirinya mementingkan diri sendiri dan memusnahkan impian anda untuk bergelar seorang ibu.
Berdoalah kerana doa adalah senjata paling mustajab buat kita semua.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Itu kisah Isteri Lara, bagaimana pula dengan kisah seram yang dilalui oleh Rusdi?
Jangan lupa saksikan filem Town Mall yang mengangkat kisah seram pembangunan sebuah bangunan yang terbiar.
Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.
Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka.
Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu. Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.
Jangan lupa saksikan naskhah lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Datuk Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Farahdhiya di pawagam rumah anda!
Langgan filem Town Mall bermula 25 Jun ini di Astro First saluran 480!
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Must-Watch Video