PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee; Isteri Mula Depresi Rasa Diri Macam Babu, Hubungan dengan Suami Makin Jauh
SOALAN
Kak Gee, saya housewife. Sudah masuk 3 tahun kahwin tapi lately saya macam rasa suami makin jauh dengan saya. Bila dengan saya, dia nak marah marah tapi bila tengok telefon boleh ketawa ketawa .
Untuk pengetahuan Kak Gee, saya duduk dengan family in law, sebab suami yang nak, antaranya sebab rumah ini atas nama suami.
Tapi bayangkan Kak Gee berapa ramai orang dalam ni, saya nak kena jaga aurat saya. 24 jam bertudung sampai ada masa saya taknak keluar dan duduk saja dalam bilik. Di rumah saya jaga anak dan saya yang lakukan semua kerja rumah.
Kadang jika terlalu penat saya akan tertidur dengan anak, mulalah masing masing bising. Suami akan cakap dia penat keluar bekerja, macam tu juga ahli keluarga yang lain. Bila saya cakap, suami akan marah dan saya kecil hati.
Saya tahu saya cuma menumpang dekat rumah ni, saya tak boleh nak sama sama cari duit tapi jangan laa jadikan saya macam babu dekat rumah. Sedih saya. Kalau saya tahu macam gini baik dulu saya kerja cari duit.
Yelaa saya orang kampung suami pula orang bandar, bila time nak balik rumah mak ayah saya, dia mesti taknak tidur. Biasanya balik pagi sampai petang saja. Hmm kadang kadang sayarasa macam entahlaaa. Lama lama saya rasa macam dah nak mula depresi. Saya tak tahu nak buat macam mana lagi.
Yang Benar,
Rieefaa
JAWAPAN
Hi Rieefaa, maaf cakap memang Kak Gee ikut terasa beban dan emosi sedih membaca luahan anda. Kak Gee harap anda bertahan, dan meluahkannya kepada Kak Gee dapat membantu melegakan hati anda.
Cuma Kak Gee nak cakap, apapun yang ingin anda lakukan, selalulah pandang dulu muka anak anak. Ingat masa depan mereka dan ingat tanpa anda, bagaimana dengan kehidupan anak anak.
Ya, kita orang perempuan ni selalu kena mengalah bila sudah berumah tangga. Tapi beralah tak bererti kalah, sebaliknya dalam diam, anda sedang memenangi 'pertempuran' kerana sabar dan berusaha menyedarkan suami apa yang dilakukannya terhadap anda selama ini adalah menyakitkan.
Rieefaa kena kuat, kena minta pada Allah, jauhkan perasaan tertekan atau depresi. Sayangi diri anda sendiri. Jika ada masa lapang di rumah, curi sedikit masa untuk diri sendiri. Lakukan hal yang anda suka misalnya berkebun atau mandi dan berhias. Apa yang penting kegiatan anda pada hari itu mampu memberi energi positif dan semangat buat anda.
Banyakkan bersabar dan sentiasa mencari ruang untuk berkomunikasi secara baik dan mencuri masa suami untuk bincang hal ini dalam suasana harmoni.
Insya Allah walaupun sekarang anda terasa seperti babu di rumah, tidak adil dengan sikap suami yang tak suka balik kampung dan mengabaikan perasaan anda sebagai seorang isteri yang sepatutnya disayangi dan dijaga dengan baik, Kak Gee percaya dengan semangat dan doa anda, suatu hari semuanya akan berubah.
Itu kisah Rieefaa bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?
Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.
KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.
Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.
Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.
Selain Anita, pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.
Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Must-Watch Video