PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee: "Isteri Saya Suka Sepah-Sepah Atas Katil" - Suami Stress Bila Isteri Tengok Drama
Soalan:
Salam Kak Gee. Mungkin masalah saya ni mudah sangat jer berbanding orang lain. Tapi saya nak tulis jugak pada Kak Gee sebab mungkin orang perempuan ni lebih faham dengan orang perempuan.
Isteri saya ni memang suka tengok drama sebelum tidur. Dulu okay sebab saya tak pasang TV dalam bilik, tapi sebab dia kata dia takut nak tengok TV sorang diri kat ruang tamu, saya belilah TV satu dan pasang dalam bilik tidur kami.
Dulu saya tak kesah sangat sebab kalau dia menangis tengok drama, tisu semua atas sofa atau atas lantai, tapi sekarang ni saya tension sikit sebab bila saya bangun tidur, ada tisu melekat kat badan sayalah. Dia pakai letak jer tisu yang dia lap air mata dia tu atas tilam.
Macam tak bersih lah Kak Gee. Saya pernah tegur, terus merajuk. lepas tu saya tidur bilik tamu, itu pun dia merajuk. Macam mana laa nih. Susah sangat nak faham orang perempuan ni. Tolonglah Kak Gee. Dia selalu baca ruangan Kak Gee. Mungkin nanti dia terbaca ni, dia boleh terima nasihat dari Kak Gee. Terima kasih.
Fendi
Jawapan:
Waalaikumussalam Fendi. Kak Gee pun memang macam tu. Kalau nak tengok drama sedih, kena sediakan tisu terlebih dulu. Yalah kan, nanti orang nampak teresak-esak keluar air hidung semua segan pulak rasanya.
Kak Gee rasa benda ni sangat mudah untuk diatasi oleh Fendi. Terlalu mudah sebenarnya. Apa yang Fendi perlu buat adalah sediakan bekas kecil khusus untuk dia membuang tisu yang sudah digunakan. Mungkin bekas plastik pakai buang yang ada di rumah. Tak perlu yang mahalpun.
Mahu lagi mudah, simpan kotak tisu yang sudah habis digunakan, dan jadikannya sebagai tempat membuang tisu terpakai. Jangan jadikan perkara kecil sebegini menganggu ikatan suami isteri.
Nak lagi eratkan ikatan? Apa kata sekali sekala Fendi tonton drama bersama isteri. Bila dia sedih, Fendi yang tolong hulurkan tisu atau tolong lapkan air matanya yang mengalir. Pasti dia akan rasa lebih dihargai oleh seorang suami.
Kak Gee harap nasihat Kak Gee sedikit sebanyak dapat membantu masalah yang Fendi hadapi bersama isteri. Orang kata, lebih faham kita tentang isteri kita, lebih mesra dan erat ikatan sebuah keluarga. Salam sayang daripada Kak Gee!
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Must-Watch Video