PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee; Jaga Penampilan dan Kebersihan, Isteri Sedih Suami Tetap 'Makan Luar'

gempak
Gempak Spot
26/06/2020
11:20 MYT
Sponsor Banner
#PMTepiKakGee; Jaga Penampilan dan Kebersihan, Isteri Sedih Suami Tetap 'Makan Luar'
SOALAN
Gee, Kak Zah nak luahkan sikit dekat Gee. Maaflah ya ambil masa Gee baca luahan Kak Zah ni.
Kak Zah sekarang umur dah nak masuk 50 kalau umur panjang, tapi itu lah Gee. Kak Zah rasa Kak Zah ni dah tak mampu nak cakap macam mana.
Kak zah sedih dapat tahu suami Kak Zah makan luar. Kak Zah ni dah berhabis cara dah jaga penampilan. Jaga segala kerbersihan.
Kadang bila Kak Zah fikir sebab anak anak yang tengah membesar je Gee Kak Zah cuba kuat walaupun tahu dia selalu 'makan luar' Gee.
Perit hati Kak Zah ni. Bila Kak Zah 'bersama' dengan dia, Kak Zah rasa sedih setiap kali dia dengan Kak Gee malam-malam.
Apa Kak Zah ni tak cukup baik lagi ke buat dia? Kak Zah fiki jugak apa yang dia cari. Umur dia pun tua. Tapi masih lagi 'makan luar'. Kak Gee tengok telefon dia, ada gambar-gambar tak senonoh. Mesej bukan-bukan.
Kak Zah dah fikir masak-masak untuk tuntut fasakh. Doakan yang terbaik ya Gee untuk Kak Zah.
Yang Benar, Kak Zah
JAWAPAN
Hi Kak Zah, saya nak ucap terima kasih sebab berani dan tidak malu untuk meluahkan masalah rumah tangga Kak Zah yang Gee anggap agak kronik juga. Lepas tu saya pun nak cakap salute pada Kak Zah sebab masih sanggup bertahan demi anak anak.
Masalah 'suami makan luar' ini adalah dilema banyak isteri di luar sana. Hanya cara menyelesaikan masalah itu sama ada bercerai atau 'telan saja' bergantung kepada pendirian masing masing.
Saya juga hormati jika Kak Zah akhirnya membuat keputusan untuk menuntut fasakh jika itu adalah yang terbaik buat Kak Zah. Saya percaya proses di mahkamah syariah kelak dari perjalanan kaunseling sehingga berpisah akan dilaksanakan dengan baik.
Cuma apa yang saya ingin katakan sedikit adalah Kak Zah bawa berbincang dengan suami tentang sikap buruknya yang 'suka makan luar' atau ada perempuan lain.
Beritahu kepadanya apa yang dilakukannya selama ini Kak Zah tahu jadi minta dia berubah sama ada mungkin Kak Zah tetap dengan keputusan mahu bercerai.
Kedua, nasihat juga kepadanya agar menghentikan tabiat menyimpan gambar tak senonoh yang tak membawa faedah dan kebaikan kepadanya.
Apapun yang terjadi kelak, saya akan doakan yang terbaik buat Kak Zah.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Itu kisah Kak Zah, bagaimana pula dengan kisah seram yang dilalui oleh Rusdi?
Jangan lupa saksikan filem Town Mall yang mengangkat kisah seram pembangunan sebuah bangunan yang terbiar.
Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.
Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka.
Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu. Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.
Jangan lupa saksikan naskhah lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Datuk Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Farahdhiya di pawagam rumah anda!
Langgan filem Town Mall bermula 25 Jun ini di Astro First saluran 480!
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live