PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee: "Kalau Merajuk, Mesti Balik Rumah..." - Pening Kerenah Anak Yang Suka Bergaduh Dengan Suami
SOALAN:
Salam Kak Gee, saya peninglah dengan perangai anak perempuan saya ni.
Dia baru je kahwin awal tahun ni dan dia ni anak tunggal kami.
Masalahnya, dia ni manja sangat.
Setiap kali bergaduh dengan suami, setiap kali tu merajuk balik rumah saya.
Saya ni baru je bersara, saya pun nak ada time sendiri dengan suami, nak pergi jalan-jalan, nak pergi riadah ke...
Kadang-kadang kami pun nak pergi melepak dengan kawan-kawan, tapi belum sempat puas berjalan, dapat pula panggilan telefon dari anak yang nak balik rumah.
Kadang-kadang, sebab mereka bergaduh pun tak munasabah.
Pantang suami dia tegur sikit, mulalah anak tunggal saya tu merajuk.
Apa yang perlu saya buat ni Kak Gee?
Ibu Geram
JAWAPAN:
Salam Ibu Geram, saya doakan semoga anda baik-baik sahaja.
Kak Gee faham situasi yang dihadapi oleh anda bersama suami yang mempunyai anak tunggal dalam keluarga.
Bagi pendapat Kak Gee, mungkin anda dan suami boleh memanggil anak dan menantu untuk duduk sama-sama berbincang.
Mungkin anak anda baru mahu belajar menyesuaikan diri dengan statusnya sebagai isteri orang.
Mungkin juga dia tak sedar yang tindakannya itu tak seharusnya dilakukan.
Ye lah, asyik merajuk je, nanti kalau suami tu merajuk pula, macam mana nak pujuk tu?
Kak Gee percaya, setiap masalah jika ditangani dengan betul, pasti ia akan mampu diselesaikan.
Bincang dengan penuh diplomasi dan kasih sayang, nescaya masalah yang dihadapi dapat diselesaikan, Insya-Allah.
Itu kisah Ibu Geram, bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?
Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.
KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor. Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.
Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.
Pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.
Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Must-Watch Video