Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee: Kejap Video Call Manja-Manja, Kejap Bergaduh Terpekik-Pekik... Pening Kepala Bila Ibu Mabuk Cinta Dengan Anak Ikan!

Kak Gee 09/06/2020 | 10:00 MYT
SOALAN:
Salam Kak Gee. Saya Zul, berusia 20 tahun dan merupakan anak sulung dari dua adik beradik.
Saya ada seorang ibu yang berusia 40-an. Saya telah lama kehilangan ayah yang meninggal dunia kerana kemalangan kereta lima.
Kini, saya menetap dengan ibu, adik dan seorang mak cik saya (adik kepada ibu) yang berusia awal 30-an.
Masalah saya sekarang ialah ibu saya kini mabuk cinta dengan seorang lelaki yang lebih muda daripadanya.
Lelaki yang ibu saya sedang kenali boleh dikatakan berstatus anak ikan yang berusia 24 tahun.
Asalnya, saya tak kisah kerana bagi saya, usia tak menjadi penghalang asalkan ibu bertemu dengan lelaki yang baik dan boleh menjaganya.
Tapi, lama kelamaan, saya sendiri rimas kerana ibu saya macam mabuk cinta pula dengan lelaki itu!
Dia bercinta mengalahkan saya yang remaja ni tau! Setiap malam mesti video call, borak manja-manja.
Saya pada awalnya okay sahaja tapi lama kelamaan tu saya rasa rimas pulak!
Kadang-kadang lebih teruk bila ibu saya bergaduh dengan lelaki itu!
Kak Gee, bayangkan ibu saya memekik-mekik bergaduh di telefon! Saya pula malu mendengarnya!
Rasa stress pun ada! Saya nak tegur ibu saya tapi saya tak tahu macam mana cara yang terbaik dan saya tak nak lukakan hati saya.
Sebelum ni, saya ada mengadu kat mak cik saya tapi dia hanya gelakkan saja kerana dia tahu ibu saya sedang mabuk cinta.
Pening saya Kak Gee, bantu saya please!
JAWAPAN:
Salam Zul. Terima kasih kerana meluangkan masa bertanya soalan kepada Kak Gee...
Apa yang Zul fikirkan tu betul kerana setiap manusia dicipta dalam dunia ini, hati mereka mahu rasakan kasih sayang.
Bagus bila Zul tak halang ibu nak bercinta tapi situasi yang Zul hadapi ini mungkin sedikit berbeza.
Bagi Kak Gee, Zul boleh berbincang semula dengan mak cik Zul yang menetap bersama dengan Zul.
Mungkin kalau Zul menegur ibu, ia kedengaran agak kurang manis, tapi kalau mak cik Zul yang menegur, ia mungkin lebih baik kerana perkara terbabit dari seorang individu dewasa kepada individu dewasa yang lain.
Kak Gee puji kerana Zul tak marah-marah kepada ibu dan masih bertahan dengan sikapnya yang 'mabuk cinta'.
Bersabar sedikit sahaja lagi, minta pertolongan mak cik Zul untuk selesaikan perkara ini.
Insya-Allah, semua benda dapat diselesaikan kalau ia dibincangkan dengan baik, dari hati ke hati.
Zul bersabar ya!
---
Itu kisah Zul, bagaimana pula dengan kisah seorang ustaz yang berperang dengan kisah lampau?
Jangan lupa saksikan Ada Apa Dengan Dosa yang mengangkat kisah seorang ustaz menghadapi dosa silam apabila pernah berzina hingga melahirkan anak luar nikah.
Lebih menakutkan, anak itu membesar sebagai seorang yang berfikiran bebas dan tidak mempercayai kewujudan Tuhan hingga mahu membunuh diri.
Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi pelakon, Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.
Ada Apa Dengan Dosa akan ditayangkan di saluran Astro First bermula 4 Jun ini.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
#PMTepiKakGee #PM Tepi Kak Gee
;