Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee: Keluar Duit i Sinar Pun 'Tak Bersinar'

Kak Gee 22/05/2021 | 05:01 MYT
Soalan
Hi Kak Gee. Terima kasih kerana sudi menjadi pendengar dan menjawab masalah kami. Saya Am. Berusia 30 tahun dan pernah bekerja tapi diberhentikan kerja selepas kedai yang saya kerja gulung tikar.
Saya adalah salah seorang rakyat Malaysia yang mengeluarkan duit KWSP melalui i Sinar. Sayangnya tak sampai dua bulan, duit i Sinar yang saya keluarkan sudah habis digunakan untuk membayar bil dan hutang.
Saya stress Kak Gee, dekat mana saya boleh dapat duit?
Yang Benar
Am
Jawapan
Hi Am, Kak Gee harap anda berada dalam keadaan baik dan sihat. Kak Gee ikut bersimpati dengan masalah yang dihadapi. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
Kak Gee faham ramai dalam kalangan kita mengeluarkan duit i Sinar untuk tabungan, tetapi akhirnya terpaksa menggunakan ia untuk perbelajaan harian atau membayar hutang kerana tekanan hidup.
Am, bersabar. Itu yang Kak Gee mampu katakan. Pertama Am lihat dari segi positif bahawa dengan duit i Sinar yang anda keluarkan, ia telah pun mampu membuat anda membayar bil atau loan yang tertunggak. Sekurang kurangnya, bebanan menjadi ringan.
Kedua, dengan keadaan sekarang, Kak Gee nak ucapkan syabas kerana anda mampu beradaptasi dengan situasi norma baharu sekarang. Dan teruslah bertahan Am.
Sama seperti rakyat Malaysia yang lain, Kak Gee harap Am jangan putus harapan dan doa kepada Allah. Semoga kepayahan yang kita semua lalui sekarang dibayar dengan hikmah untuk setiap satunya.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
#Malaysia #Sinar #KWSP #Hutang #Duit #i #PKP #PMTepiKak Gee
;