PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee : Kerap Main Pintu & Asyik Berdengus, Ini Kisah Seram Rumah Sewa Batu Pahat, Johor

gempak
Kak Gee
27/06/2020
13:51 MYT
Sponsor Banner
#PMTepiKakGee : Kerap Main Pintu & Asyik Berdengus, Ini Kisah Seram Rumah Sewa Batu Pahat, Johor
Soalan:

Salam Kak Gee, nama saya Zaf berusia 26 tahun dan baru saja menetap di Batu Pahat, Johor atas urusan kerja.

Masalahnya sekarang ‘housemate’ saya yang tinggal bersama terpaksa keluar berpindah ke negeri lain.

Entah mengapa sejak beberapa minggu ini saya terasa lain macam di rumah.

Terasa seperti ada yang makhluk lain yang ‘tinggal’ bersama saya.

Tidak pasti hanya mainan perasaan atau sebaliknya tapi saya kerap mengalami mimpi buruk dan terjaga di tengah-tengah malam.

Mimpi ada di rumah lama lah, mimpi ular, tikus, dikejar lembaga hitam dan. macam-macam lagi.

Paling teruk saya pernah kena apabila terjaga jam 3 pagi kerana terkejut mendengar ketukan pintu di bilik atas.

Selain pintu kerap juga saya terdengar bunyi guli dan seperti ada ‘seseorang’ yang berdengus. Bunyi orang bernafas yang kuat.

Seram Kak Gee!

Pernah beberapa kali saya terpaksa tidur di hotel bajet gara-gara masalah ini.

Ye lah siapa tahan bila tengah malam je dia dah start 'berpesta' kat bilik atas.

Apa yang saya perlu buat Kak Gee.

Jawapan :

Walaikumsalam Zaf,

Perkara seperti ini memang sukar kita elak, benda ghaib yang kita sendiri tidak nampak dengan mata kasar.

Namun, sebagai umat Islam kita harus percaya syaitan & jin itu wujud untuk mengacau hidup manusia.

Terus terang Kak Gee bukanlah pakar dalam bab ini, namun Kak Gee nasihat berdasarkan pengalaman pernah Kak Gee alami juga ketika zaman remaja dahulu.

Selalunya jika berlaku perkara sebegini individu paling tepat untuk kita minta bantuan adalah ustaz dan ilmuan agama.

Selalunya mereka akan menasihatkan kita supaya rajinkan bersembahyang dan banyakkan berzikir.

Minta pertolongan daripada Allah dan beranikan diri.

Perkara lain boleh Zaf buat adalah mencari ‘housemate’ baru untuk memeriahkan lagi rumah.

Kalau ramai, mungkin rasa takut itu kurang.

Namun, jika ia diluar kemampuan, Zaf juga boleh meminta pertolongan mana-mana di cawangan Darul Syifa berdekatan.

Insya-Allah perkara ini dapat diselesaikan.

##

Itu kisah Zaf, bagaimana pula dengan kisah seram yang dilalui oleh Rusdi?

Jangan lupa saksikan filem Town Mall yang mengangkat kisah seram pembangunan sebuah bangunan yang terbiar.

Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.

Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka.

Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu.

Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.

Jangan lupa saksikan naskhah lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Datuk Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Farahdhiya di pawagam rumah anda!

Langgan filem Town Mall bermula 25 Jun ini di Astro First saluran 480!

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live