PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee : “Kesian Tengok Suami Disisihkan” - Isteri Buntu Ibu Masih Sayangkan Bekas Tunang
Soalan :
Salam Kak Gee, boleh panggil saya Ina je.Masalah sekarang mak saya masih tak boleh move on dengan bekas tunang saya.
Kalau nak diikutkan dalam dua tiga teman lelaki saya sebelum ni, memang ex tunang ni lah mak saya paling berkenan.
Dah macam anak sendiri dah dilayannya.
Tapi itulah jodoh saya dengan bekas tunang tak menjadi.
Now, saya kesian pula dengan suami sebab mak macam lebih sayangkan ex tunang daripada suami.
Macam mana ni Kak Gee?
Jawapan:
Walaikumsalam Ina, terima kasih kerana sudi #PMTepiKakGeeKakGee faham perasaan yang Ina hadapi ketika ini, nak menjaga hati suami dan tak mahu suami kecil hati dengan ibu.
Namun, Ina harus faham keserasian seseorang itu tidak boleh dibina dalam tempoh sebulan dua.
Mungkin bekas tunang Ina pandai mengambil hati ibu Ina hingga sekarang pun silaturahim itu masih kekal ada.
Nasihat Kak Gee mungkin boleh perlahan-lahan mengajak suami Ina mengambil hati ibu dengan lebih kerap.
Bawa bercuti atau berjalan-jalan belikan apa yang dia minat.
Daripada situ mungkin akan tercetusnya rasa sayang.
Cuma jangan harapkan perkara ini berlaku dengan cepat.
Paling penting jangan bandingkan kasih sayang ibu ina terhadap suami dengan bekas tunang.
Itu kisah Ina, bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?
Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.
KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.
Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.
Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.
Selain Anita, pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.
Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Must-Watch Video