Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee: Ketagih Online Shopping, Setiap Minggu Nak Beli

Kak Gee 02/09/2020 | 03:00 MYT
SOALAN:
Salam Kak Gee, saya Nisa.
Saya ada masalah ketagih shopping online. Beli baju, beli buku, beli barang rumah, barang dapur, semua benda nak beli online.
Setiap minggu ada je benda nak beli, kalah boleh hari-hari nak beli.
Ada satu masa tu satu minggu berturut-turut barang saya sampai, sampai kena perli dengan mak saya.
Saya tak ada masalah kewangan, setakat ni Alhamdulillah semua okay, tapi saya bimbang masalah ketagihan ni membuatkan saya ada masalah pula di kemudian hari nanti.
Bantu saya Kak Gee.
JAWAPAN:
Salam Nisa, Kak Gee doakan Nisa sentiasa sihat.
Bagi Kak Gee, Nisa harus mengawal perbelanjaan Nisa.
Cuba untuk senaraikan semua benda yang Nisa mahu beli serta asingkan perkara terbabit mengikut dua kategori iaitu keperluan dan kehendak.
Beli barang yang berada dalam senarai keperluan terlebih dahulu.
Bukannya tak boleh membeli, tapi Nisa haruslah membeli barang yang betul-betul Nisa perlu sahaja.
Nisa haruslah menyimpan wang Nisa untuk masa depan yang lebih baik.
Rujuk tips-tips menyimpan dan membuat bajet bulanan di internet dan kekang diri dari membeli barang yang bukannya keperluan.
Kak Gee harap Nisa boleh melakukannya!
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
#PM Tepi Kak Gee #Online Shopping
;