Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee: “Kumpulan Kami Bertiga, Tapi Seorang Tu Tak Buat Tugasan Pun!” - Gadis Bengang Kawan Tak Buat Tugasan

Kak Gee 10/06/2020 | 07:06 MYT
Soalan:
Hi Kak Gee, sebenarnya saya ada masalah tentang grup assigment. Pada mulanya dalam grup kumpulan tu saya dah pilih 2 orang kawan saya. Jadi ada 3 orang dalam grup tu. Tapi bila time berbincang dalam Whatsapp, sorang kawan saya hanya seen je apa yang kami berdua bincangkan.
Saya rasa geram sebenarnya sebab dah banyak tugasan dia berkelakuan macam tu sampai hanya kami berdua kena buat dan hantar. Saya ada perasaan nak laporkan pada pensyarah yang dia tak bagi kerjasama namun kawan saya seorang lagi cakap biarkan saja dia berkelakuan begitu.
Dia hanya mendiamkan diri dan tidak tolong untuk siapkan tugasan bersama-sama. Boleh Kak Gee bagi pandangan tak terhadap kawan jenis macam ni?
Ashley
Jawapan:
Hai Ashley. Kak Gee harap Ashley sihat dan Kak Gee harap kumpulan Ashley dapat keputusan yang baik untuk tugasan yang diberikan.
Perkara pertama yang Ashley perlu buat adalah berbincang dengan kawan Ashley terlebih dulu. Hubungi dia melalui telefon dan berbincang secara baik. Ashley perlu tahu jika dia ada masalah berada dalam kumpulan Ashley dan pada masa yang sama jika ada masalah lain yang dihadapinya.
Memang tidak adil jika tugasan untuk kumpulan bertiga tapi hanya dua orang yang melakukannya, tapi Ashley perlu memberi peluang kepadanya untuk menerangkan keadaan yang berlaku.
Jika dia sememangnya malas untuk membuat kerja dan berbincang, Kak Gee cadangkan Ashley menghubungi pensyarah dan bercerita perkara sebenar. Minta pensyarah tukarkan ahli kumpulan. Tentang tugasan yang tidak dilakukan oleh kawan Ashley tersebut, serahkan kepada pensyarah untuk mengambil tindakan yang bersesuaian.
Tapi ingat pesan Kak Gee, hubungi kawan Ashley dulu dan ketahui apa masalah yang dihadapi. Jika ada masalah lain yang Ashley boleh bantu, atau perlukan pertolongan orang lain untuk membantu, kongsikannya. Apa-apa pun, kawan Ashley perlu melaksanakan tanggungjawabnya untuk menyelesaikan tugasan bersama.
Kak Gee harap Ashley gunakan pendekatan yang baik kerana dia juga kawan Ashley. Tapi Kak Gee ulang, dia tetap bertanggungjawab untuk melakukan tugasan yang diberi.
Kak Gee harap Ashley dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera sebelum melarat. Salam sayang daripada Kak Gee!
Itu kisah Ashley, bagaimana pula dengan kisah seorang ustaz yang berperang dengan kisah lampau?
Jangan lupa saksikan Ada Apa Dengan Dosa yang mengangkat kisah seorang ustaz menghadapi dosa silam apabila pernah berzina hingga melahirkan anak luar nikah.
Lebih menakutkan, anak itu membesar sebagai seorang yang berfikiran bebas dan tidak mempercayai kewujudan Tuhan hingga mahu membunuh diri.
Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi pelakon, Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.
Ada Apa Dengan Dosa akan ditayangkan di saluran Astro First bermula 4 Jun ini.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
#PMTepiKakGee #Tak Buat Tugasan
;