PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee: “Macam Mana Nak Berkeyakinan Tinggi Dari Usia Muda?”
Soalan:
Assalamualaikum Kak Gee. Macam mana nak berjaya dalam hidup? Berjaya dalam bidang yang kita minat contohnya bidang fesyen. Apakah cara yang boleh dilakukan di peringkat yang masih muda (15 tahun)? Bagaimana hendak menjadi seorang yang berpotensi tinggi dan berkeyakinan tinggi?
Sueyya
Jawapan:
Waalaikumussalam Sueyya. Wah, daripada soalan yang Sueyya kemukakan pada Kak Gee pun Kak Gee dah dapat rasa yang Sueyya seorang yang berkeyakinan tinggi.
Dalam usia yang muda, Sueyya tulis soalan dengan jelas dan tidak sembunyikan apa yang Sueyya ingin tahu. Kak Gee hormat orang yang tahu apa yang mereka inginkan.
Tentang berjaya dalam hidup, tidak ada jawapan yang mudah untuk Kak Gee berikan kepada Sueyya. Setiap orang akan melalui kegagalan, tetapi daripada kegagalan itu kita belajar untuk memperbaiki kesalahan yang kita lakukan dan daripada situ kita akan mula mendaki tangga kejayaan.
Jika Sueyya minat dalam bidang fesyen, Kak Gee cadangkan Sueyya banyakkan membaca bahan-bahan tentang fesyen. Buku, rancangan mengenai fesyen dan perkembangan terbaru mengenai fesyen semuanya boleh didapati di internet. Sueyya juga boleh mengikuti laman sosial pereka-pereka fesyen tempatan dan antarabangsa.
Untuk mempunyai keyakinan, kita perlukan ilmu kerana dengan ilmu, kita akan dapat mengutarakan pendapat dan pandangan dengan lebih baik. Jadi, pada Kak Gee, untuk mempunyai potensi dan keyakinan yang tinggi, kita perlu mengutip sebanyak mana ilmu yang ada. Daripada situ keyakinan diri dan pontensi boleh dibina untuk ke arah yang kita inginkan.
Ketika di usia muda inilah lebih mudah untuk kita menyerap segala ilmu. Kak Gee harap Sueyya akan tekun belajar di dalam kelas, beri perhatian kepada apa yang diajar daripada guru-guru, dan pada masa yang sama buat kerja rumah sendiri.
Kak Gee harap suatu hari nanti Sueyya akan menjadi seorang pereka fesyen yang berjaya di mata dunia. Salam sayang daripada Kak Gee!
Itu kisah Sueyya, bagaimana pula dengan kisah seram yang dilalui oleh Rusdi?
Jangan lupa saksikan filem Town Mall yang mengangkat kisah seram pembangunan sebuah bangunan yang terbiar.
Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.
Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka.
Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu. Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.
Jangan lupa saksikan naskhah lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Datuk Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Farahdhiya di pawagam rumah anda!
Langgan filem Town Mall bermula 25 Jun ini di Astro First saluran 480!
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Must-Watch Video