PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee; Mahu Berkahwin, Tapi si Lelaki Belum Buka Mulut, Patut Ke Perempuan Yang Mula Dulu?

gempak
Kak Gee
03/08/2020
15:00 MYT
Sponsor Banner
#PMTepiKakGee; Mahu Berkahwin, Tapi si Lelaki Belum Buka Mulut, Patut Ke Perempuan Yang Mula Dulu?
SOALAN
Saya nak kahwin dengan satu lelaki ini, tetapi saya tidak pasti sama ada dia akan propose ke saya atau tidak. Apakah patut saya buat Kak Gee?
Yang Benar, Johanne
JAWAPAN
Hi Johanne, apa khabar? Pertamanya Kak Gee nak tahu jika lelaki yang ingin anda nikahi ini adalah kekasih atau bukan?
Jika kekasih, Kak Gee rasa tak salah jika anda memulakan langkah pertama. Ajak dia berbincang tentang arah tuju hubungan anda. Jika malu untuk berterus terang, berkiaslah. Mungkin daripada perbincangan, anda boleh nampak dengan lebih jelas adakah hubungan kalian berdua boleh masuk ke fasa seterusnya atau sebaliknya.
Tapi jika anda lebih berani, terus saja ajak kekasih menikah. Lihat apa jawapan yang akan anda peroleh. Jika dia sayang dan memang berniat menikahi anda, tapi berasa tabungan belum cukup atau ada kekangan lain, sama sama berusaha untuk merealisasikan impian kalian. Tapi jika nampak macam berat atau tidak ada respons, nasihat Kak Gee, anda sudah boleh mula untuk memikirkan adakah mahu tunggu kekasih berubah atau anda beralih cinta.
Jadi untuk hubungan jika lelaki itu adalah kekasih anda, Kak Gee beri dua solusi, fikir fikirkan dan pilih yang terbaik.
Cuma, jika lelaki yang anda ingin nikahi ini bukan kekasih anda, tak salah juga anda memulakan langkah pertama. Mana tahu sebenarnya dia juga ada perasaan yang sama? Tak salah mencuba Johanne, tapi mesti lakukannya dengan bermaruah dan tidak terdesak.
Good luck okay!
Itu kisah Johanne bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?
Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.
KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.
Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.
Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.
Selain Anita, pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.
Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live