PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee: “Marah Seorang Sebab Salah, Tapi Kenapa Semua pun Kena Jugak?” - Gadis Tidak Faham Dengan Sikap Pemarah Ayah
Soalan:
Hi Kak Gee. Saya ni rasa pelik sikit dengan perangai ayah saya. Ayah saya kalau dah marah salah sorang adik beradik saya, nanti mesti dia akan tempias dekat orang lain yang tak bersalah juga. Saya rasa itu tak adil.
Miss B
Jawapan:
Hai Miss B! Harap Miss B sihat dan gembira. Sebenarnya Kak Gee faham sangat dengan masalah Miss B.
Ayah Kak Gee pun punyai perangai yang sama dan dulupun Kak Gee tak faham juga, tapi selepas bertanya, akhirnya Kak Gee tahu itu untuk kebaikan semua.
Memang ayah selalunya kurang bercakap berbanding dengan ibu. Kak Gee anggap ayah Miss B ambil peluang yang sama ketika memarahi salah seorang adik beradik Miss B untuk turut menasihati yang lain supaya tidak membuat kesalahan yang sama.
Walaupun Kak Gee tahu Miss B tak melakukan kesalahan tersebut, ayah Miss B mahu pastikan anak-anaknya mendapat nasihat yang sama. Itu sebabnya Miss B rasa seperti terkena tempias dimarahi ayah.
Jangan simpan di dalam hati. Setiap ayah mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Tidak ada ayah yang ingin marah atau menasihati tanpa sebab. Mereka berbuat demikian kerana sangat sayangkan anak-anak mereka. Cuma cara yang ditunjukkan mungkin berbeza daripada seorang ibu.
Suatu hari nanti Miss B sendiri akan faham betapa sukarnya menjadi ibu bapa kerana rasa sayang itu terlalu kuat dan mereka tidak mahu anak-anak yang mereka sayang melakukan kesilapan yang boleh memudaratkan diri sendiri.
Kak Gee harap tempias tersebut Miss B tak ambil ke hati. Selalulah anggap ianya sebagai nasihat untuk Miss B dan adik beradik lainnya.
Salam sayang daripada Kak Gee!
Itu kisah Miss B, bagaimana pula dengan kisah seorang ustaz yang berperang dengan kisah lampau?
Jangan lupa saksikan Ada Apa Dengan Dosa yang mengangkat kisah seorang ustaz menghadapi dosa silam apabila pernah berzina hingga melahirkan anak luar nikah.
Lebih menakutkan, anak itu membesar sebagai seorang yang berfikiran bebas dan tidak mempercayai kewujudan Tuhan hingga mahu membunuh diri.
Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi pelakon, Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.
Ada Apa Dengan Dosa akan ditayangkan di saluran Astro First bermula 4 Jun ini.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Must-Watch Video