Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

#PMTepiKakGee : Mula-Mula Shampoo, Lepas Tu Baju… Gadis Ini Bingung Housemate ‘Panjang Tangan’

Kak Gee
12/08/2020 09:46 MYT

Soalan:

Hi Kak Gee, boleh panggil saya Annur je.

Saya ada masalah besar ni, saya ada housemate yang kaki curi.

Awal-awal tu saya tak syak sangat sebab barang yang hilang tu macam shampoo dan barang mandian.

Tapi bila alatan elektronik saya macam charger, kipas ‘portable’ pun hilang saya dah tak sedap hati.

Kemuncak isu ini apabila dia sudah mula curi baju saya.

Baju yang saya baru basuh, sidai tepi koridor ya Kak Gee!

Macam mana nak handel ni Kak Gee? Buat laporan polis ke macam mana?

Jawapan:

Hi Annur, terima kasih sudi #PMTepiKakGee.

Macam-macam ragam betul kalau bab housemate ni kan.

Tapi jika dah babitkan kes curi isunya bukan boleh dibuat main. Takut nanti wang pula jadi sasaran dia.

Pertama sekali mungkin Annur boleh mulakan dengan bertanya adakah dia ternampak barang tersebut.

Lihat reaksi muka dan nada percakapannya.

Kedua, jika benar tanya kembali mengapa dia berbuat demikan.

Memang dia salah, tapi mungkin ada masalah yang kita tak tahu.

Namun, jika isu ini kembali terjadi, beri amaran untuk membuat laporan polis.

Perangai pencuri ini memang tak boleh pandang remeh, takut meleret jadi jenayah lain.

Itu kisah Annur,, bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?

Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.

KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.

Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.

Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.

Selain Anita, pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.

Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!


#Curi #PMTepiKakGee #KITM