PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee : “Nak Tidur Je Dengar Bunyi Construction” Isteri Tertekan Suami Asyik Berdengkur

gempak
Kak Gee
14/12/2020
13:58 MYT
Sponsor Banner
#PMTepiKakGee : “Nak Tidur Je Dengar Bunyi Construction” Isteri Tertekan Suami Asyik Berdengkur

Soalan:

Hi Kak Gee, panggil saya Murni je.

Saya dah berkahwin almost 6 tahun dah, anak pun dah dua.

Semuanya ok Kak Gee, cuma akhir-akhir ini suami ada habit yang makin buat saya terganggu.

Setiap malam, baru saya nak tidur mesti dia berdengkur.

Makin lama makin kuat Kak Gee, nak marah suami. So saya sabar je lah dengan perangai dia.

Geram sebab saya selalu balik kerja penat, malam ingat nak tido lena lah tapi malangnya tak dapat ya Kak Gee.

Nak buat macam ni?

Jawapan:

Hi Murni terima kasih kerana PMTepiKakGee.

Pertama sekali Kak Gee nak nasihatkan supaya jangan marah suami kerana dia pun mungkin tak sedar dia berdengar dengan kuat. Cukuplah hanya tegur.

Namun, apa yang Murni patut buat adalah bawa suami jumpa doktor.

Kerananya, dengkur ni berpunca daripada beberapa sebab.

Kak Gee kongsi info yang dijelaskan laman web Kementerian Kesihatan di bawah:

Faktor
  • Lemah otot-otot pada lidah, lelangit lembut dan tekak. Apabila otot tidak tegang akibat arak atau ubatan yang menyebabkan otot lemah, lidah akan tertolak ke belakang, menutupi aliran udara atau otot tekak tertarik masuk ke dalam tekak dan menyekat salur pernafasan atas.
  • Kanak-kanak yang mempunyai tonsil dan tisu adenoid yang membengkak selalunya berdengkur.
  • Orang yang berlebihan berat badan dan mempunyai leher yang pendek dan besar.
  • Lelangit lembut dan uvula (anak tekak) yang panjang. Uvula yang panjang akan mengecilkan rongga pembukaan dari hidung ke tekak. Getaran yang berlebihan dari tisu ini akan mengakibatkan dengkuran.
  • Saluran pernafasan tersekat. Hidung yang tersumbat dan sukar bernafas menyebabkan individu lebih kerap menyedut udara untuk bernafas. Ini mengakibatkan ruang vakum yang berlebihan di dalam tekak, dan mengakibatkan tisu tekak yang lembut tertarik ke dalam dan mengakibatkan dengkuran. Antara sebab lain adalah batang hidung yang bengkok, polip dan jangkitan sinus.

Petua untuk mengurangkan dengkuran:

  • Kurangkan berat badan jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan.
  • Kurangkan pengambilan arak atau ubatan yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur
  • Cegah pengambilan tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur
  • Elak pengambilan arak sekurang-kurangnya 4 jam dan mengambil makanan berat atau ringan dalam tempoh 3 jam, sebelum berehat
  • Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari
  • Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang
  • Tinggikan kepala katil anda lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live