PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee: Nak Try Memasak Tapi Rasanya Selalu Hampeh!
SOALAN:
Salam Kak Gee, saya Tina berusia 23 tahun.
Saya mula menjinakkan diri belajar memasak. So, bermula dari PKP lepas, saya dah cubalah beli-beli barang dapur and rujuk resipi di internet.
Tapi malangnya, masakan saya semuanya tak menjadi.
Saya stress betul Kak Gee sebab apa yang saya masak mesti rasanya 'kureng' sikit.
Terlebih masinlah, terlebih pedaslah, terlebih tepunglah.. Macam-macam, semuanya hampeh!
Mak saya pula gelakkan saya je, dia kata dulu masa saya kecil tak nak tolong mak masak kat dapur. Hahaha kurang asam betul mak saya ni!
Sebab tu lah, dari awal saya nak try masak sendiri, tak minta tolong kat mak, konon-konon anak dia ni nak buat surprise masakkan mak menu-menu sedap. Last-last, semua tak menjadi. Hahahah... Adoi!
Kak Gee ada tips tak?
JAWAPAN:
Salam Tina, Kak Gee harap Tina sihat sejahtera.
Kak Gee pasti Tina pernah dengar ayat 'practice makes perfect' kan? Jadi, apa yang Tina lalui sekarang ni tak salah.
Proses kegagalan dalam setiap percubaan Tina memasak pastinya akan membuahkan hasil yang baik, cuma bagi Kak Gee, Tina jangan putus asa dan kena mencuba.
Selain rujuk pelbagai resipi, apa kata Tina minta tolong mak Tina untuk menjadi 'guru memasak' di rumah.
Air tangan mak selalunya menjadi, apa salahnya jika Tina meminta pertolongan mak sendiri untuk memantapkan skil masakan yang Tina ada.
Selepas Tina dah sedikit mahir selok belok di dapur, masa itulah Tina boleh gunakan untuk mencipta resipi yang baru sebagai kejutan untuk mak.
Saranan Kak Gee, jangan cepat putus asa ya! Kak Gee harap Tina dapat menguasai ilmu masakan satu hari nanti!
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Must-Watch Video