Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#PMTepiKakGee: Pelakon Kekwat Nak Bergambar - "Sesaat Je Pun Aku Ambil Masa Kau”

Kak Gee
02/09/2020 23:57 MYT
Soalan:

Assalamualaikum kak Gee!

Nak habaq mai ni. Artis sekarang kekwat tak nak bergambar even dengan kita pelakon tambahan bukan level dia.

Jujur aku cakap, aku ni bukanlah peminat kau pun. Dah banyak kali pun kita shoot sama, sparing sama. Baru dua kali termasuk hari ni aku rasa nak bergambar dengan kau. Mungkin sebab hari ni kau dress up cantik sangat aku suka. Tapi hari ni boleh pulak kau cakap kat aku “alaaa malaslah nak bergambar-gambar ni.”

Tapi kau layan jugak permintaan aku. Sesaat je pun aku ambil masa kau. Itu pun time kau santai-santai berborak. Tiba-tiba aku dapat memo jangan ganggu artis kat set. Fokus pada kerja. masalahnya aku dah wrap, dia pun tak sibuk so aku ingat okaylah, tapi lain jadinya.

Aku tak malu pun lah kau layan aku macam ni sebab kita ni sama je di sisi Allah. Tanpa orang macam aku, kau takkan ke mana pun. Gambar kita tadi pun tak hingin aku nak up!

Rosa



Jawapan:

Waalaikumussalam Rosa. Kak Gee harap hati Rosa dah sejuk. Kak Gee faham sangat perasaan Rosa kerana Kak Gee tahu Rosa mahu bergambarpun sekadar untuk kenang-kenangan sahaja.

Tambahan pula bukan kali pertama Rosa berada dalam satu set bersama pelakon tersebut, biarpun hanya pelakon tambahan. Ramai yang tidak tahu bahawa tanpa pelakon tambahan, sesuatu drama atau filem itu tidak akan menjadi lengkap. Pelakon tambahan juga ada peranan penting dalam sesebuah karya.

Kak Gee rasa mungkin dia antara segelintir sahaja yang tidak suka diganggu di set kerana ramai lagi pelakon-pelakon lainnya yang gembira dan seronok bila diajak bergambar bersama, apatah lagi ketika tidak ada apa-apa yang perlu dibuat ketika menunggu babak seterusnya, dan ditambah pula pelakon tambahan yang ada sudah habis peranannya dalam cerita tersebut.

Kak Gee harap Rosa jangan simpan di dalam hati kerana Kak Gee bertemu ramai artis tidak kira sama ada mereka pelakon, penyanyi, pemuzik dan sebagainya yang tidak sombong dengan orang lain. Apatah lagi dengan insan seperti Rosa yang berada di dalam dunia seni seperti mereka. Kak Gee faham sangat rasa kecewa apabila Rosa mendapat memo hanya kerana perkara sekecil itu, tapi Kak Gee harap ianya tidak mematahkan semangat Rosa untuk terus memperbaiki diri menjadi seorang pelakon.

Percayalah cakap Kak Gee, ada ramai pelakon-pelakon terkenal di Malaysia ni yang bermula daripada seorang pelakon tambahan. Suatu hari nanti, bila Rosa sudah menjadi terkenal, jangan pula tak mahu bergambar dengan peminat, ya. Salam sayang daripada Kak Gee!

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!

#PMTepiKakGee #Pelakon Kekwat
;