PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee : Pemuda Ini Terpaksa Tidur Selepas Azan Subuh Sebab Kerap Diganggu Bunyi Aneh!

gempak
Kak Gee
26/08/2020
10:41 MYT
Sponsor Banner
#PMTepiKakGee : Pemuda Ini Terpaksa Tidur Selepas Azan Subuh Sebab Kerap Diganggu Bunyi Aneh!

Soalan:

Hi Kak Gee, boleh panggil Ajib je. Umur saya baru 28 tahun dan masih bujang.

Soalan ini mungkin agak klishe tapi saya nak tulis juga sebab tertekan.

Kalau Kak Gee nak tahu saya setiap hari tidur selepas azan subuh kerana rumah saya tu macam ada gangguan.

Bayangkan saya baru nak tidur je ada saja bunyi atau perasaan yang tidak menyenangkan.

Susah nak terangkan secara terperinci, tapi kadang-kadang saya dengar orang menjerit atau pun ketukan pada pintu dapur.

Ada saja bunyi buat saya terjaga.

Pasang televisyen pun tak mampu buat saya tidur aman pasti ada bunyi lain yang membuatkan saya tersentak.

Kesihatan saya pun semakin terganggu akibat kurang tidur. Apa saya perlu buat Kak Gee?

Jawapan:

Hi Ajib, terima kasih kerana sudi #PMTepi KakGee.

Banyak juga Kak Gee dengar kisah membabitkan ganguan sebegini.

Pertama sekali, apa yang Kak Gee boleh nasihatkan buat kita yang beragama Islam ini supaya penuhkan amalan solat dan lebihkan bacaan Al-Quran.

Ingat apa yang perlu kita takut hanyalah Allah SWT.

Namun mungkin cara lain yang boleh Ajib cuba adalah dengan menambah jumlah penghuni rumah.

Ikutkan pengalaman Kak Gee, jika rumah itu agak sunyi dan kurang penghuni, maka lebih senang gangguan diterima.

Dari segi psikologi juga Ajib mungkin akan rasa lebih selamat memandangkan dalam rumah ada ramai orang.

Mungkin boleh tambah ‘housemate’ atau jika memerlukan pindahlah ke rumah lain.

Namun, jika gangguan masih diterima dan ia berlaku diluar kemampuan, Ajib juga boleh meminta pertolongan mana-mana di cawangan Darul Syifa berdekatan.

Insya-Allah perkara ini dapat diselesaikan.

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live