Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

#PMTepiKakGee : Pemuda Tertekan, Dituduh Terlalu Sibuk Jaga Kucing Punca Tak Kahwin-Kahwin!

Kak Gee
12/08/2020 10:25 MYT
Soalan:


Hi Kak Gee, boleh panggil saya Man berusia 33 tahun.

Bila umur macam ni mesti ramai pelik kenapa saya tak kahwin lagi tapi itulah jodoh belum sampai.

Saya ok je kalau orang tanya saya bila nak kahwin tapi saya tak puas hati dengan makcik saudara saya ni Kak Gee.

Boleh pula dia canang satu keluarga yang saya tak kahwin sebab ada banyak kucing.

Terlalu sibuk jaga kucing sampai tak jumpa jodoh.

Lebih teruk lagi dia kata tak ada siapa pun nak saya jika saya terus menjaga kucing terlalu banyak.

Geram saya Kak Gee, apa perlu saya buat?


Jawapan:

Hi Man, terima kasih sudi #PMTepiKakGee.

Amboi sedapnya mulut Makcik Man tu, bertalu-talu dia serang ya.

Tapi apapun sabar kerana kita mesti jaga adab dan hormat orang yang lebih tua.

Pertama sekali ambil kata-kata dia untuk kita muhasabah. Adaah benar?

Memang boleh bela kucing tapi jika terlalu banyak, dikhuatiri akan menyebabkan ramai tak selesa bila datang ke rumah.

Tapi tidak bermakna bela kucing itu jodoh tak ada. Karut!

Silap-silap nanti Man akan jumpa jodoh dengan gadis yang juga suka bela kucing!




Itu kisah Man, bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?

Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.

KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.

Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.

Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.

Selain Anita, pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.

Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
#Kucing #PMTepiKakGee #KITM