,
PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee; Rakan Kedekut, 10 Sen Pun Kalau Boleh Dia Tak Nak Keluar

Kak Gee
27/09/2020
15:00 MYT
SOALAN
Hi Kak Gee, nama saya Lee. Saya rasa masalah saya ini tidaklah besar mana. Cuma bila asyik difikirkan, saya jadi geram.
Saya mempunyai seorang rakan baik yang sangat kedekut. Sejak kami berkenalan lebih lapan tahun lalu, belum pernah sekali pun dia belanja saya makan. Selalunya saya yang akan bayar makanan kami jika keluar bersama.
Pernah juga sekali sekala saya minta dia bayarkan, tapi dia akan beritahu tak ada duit. Malah pernah saya tak cukup 10 sen untuk membayar air, saya pinjam duit dari dia. Dan Kak Gee jangan tak tahu, dia tuntut semula 10 sen yang saya pinjam tanpa ada rasa bersalah.
Kak Gee, kawan saya ini dia mempunyai kerjaya yang bagus malah gaji yang lebih banyak dari saya. Tapi saya tak pasti kenapa dia terlalu berkira dengan saya.
Perlu ke saya tegur atau luahkan apa yang saya rasakan ini kepadanya?
Yang Benar, Lee
JAWAPAN
Hai Lee, terima kasih kerana berkongsi rasa dengan Kak Gee. Kak Gee rasa dilema yang anda lalui ini banyak dilalui oleh orang lain juga. Sebab masalah kedekut ini memang wujud dalam dunia.
Jangan kan kata dengan kawan kawan, ada juga yang sangat kedekut atau berkira dengan ahli keluarga sendiri.
Untuk menjawab persoalan Lee, Kak Gee rasa adalah baik untuk anda tegur dengan berhemah kepada kawan anda mengenai sikap kedekutnya ini. Ajak dia berbicara dengan santai dan jangan sampai menghukum perbuatannya.
Mungkin di luaran, nampak dia bekerja bagus atau bergaji besar, tetapi mungkin dia mempunyai banyak tangunggan sehingga setiap duit yang dikeluarkan harus dipakai dengan cermat sehingga menampakkan dirinya seperti bersikap kedekut.
Jadi mungkin dengan berbincang, barulah anda tahu dan kawan pun sedar sikapnya selama ini tidak begitu disenangi.
Okay, dah jangan gaduh gaduh ya.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Kredit Foto: Fortune
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

“Kerek, Hilang Rasa Hormat”- Netizen Menyampah Lihat Sikap Kakak Fasi Perangai Acah Senior

gempak
06/10/2024
09:25 MYT
Tular di media sosial X apabila seorang individu meluahkan rasa kurang puas hati terhadap fasilitator wanita ketika minggu orientasi sebuah universiti tempatan.
Hollywood

Peminat Bimbang Lihat Penampilan Terkini Lily Allen: “Anda Okay?”

gempak
06/10/2024
05:54 MYT
Penampilan terkini penyanyi Lily Allen mendapat perhatian dalam kalangan peminat yang bimbang mengenai kesihatannya.
Terkini

Wanita Palestin Mengamuk Di WTKL Mohon Maaf, Tertekan Fikir Anak Di Gaza

gempak
06/10/2024
05:25 MYT
Seorang wanita Palestin yang terlibat dalam insiden kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) tampil memohon maaf dan mengakui turut menyesal dengan tindakan dilakukan.
Hiburan

Bangga Dengan Pencapaian Teman Wanita, Keith Foo Hadiahkan Riena Diana iPhone 16 Pro Max

gempak
05/10/2024
15:55 MYT
Pelakon Riena Diana berkongsi detik gembira dirinya menerima sebuah telefon pintar daripada teman lelakinya, Keith Foo.
Gaya Hidup

4 Fakta Menarik Inovasi Baharu Kasut Ikonik Dr. Martens!

gempak
05/10/2024
14:55 MYT
Dr. Martens terus mencipta sejarah melalui edisi terbaharu Sub Boot dan 14XX Sub Boot.
BorakSeeni