PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee: Rasa Ada 'Benda' Lain Tinggal Dengan Kami Masa PKP... Seramlah!

gempak
Kak Gee
15/06/2020
05:03 MYT
Sponsor Banner
#PMTepiKakGee: Rasa Ada 'Benda' Lain Tinggal Dengan Kami Masa PKP... Seramlah!
SOALAN:
Salam Kak Gee, saya Zila dari Cheras. Saya dah berkahwin dengan suami selama dua tahun dan tak ada anak lagi.
Saya dan suami merupakan seorang yang sangat 'workaholic' dan jarang berada di rumah.
Kalau kami balik pun, hanya untuk tidur je. Pagi-pagi masing-masing dah bangun dan pergi kerja.
Tapi, masa PKP tu, bermulalah waktu bulan madu kami berdua.
Sejujurnya, saya rasa bersyukur kerana PKP ni dapat menjadikan kami lebih rapat kerana masing-masing sibuk kerja kan.
Namun begitu, ada masalah lain pula Kak Gee.
Ketika minggu ketiga PKP, saya rasa macam ada benda tak kena.
Ada satu malam tu, saya rasa macam ada benda lain yang tinggal dengan kami.
Saya rasa segala jejak langkah saya dalam rumah diperhatikan oleh seseorang dan ada rasa seram sejuk sikit. Nasib baiklah saya tak nampak apa-apa.
Saya suarakan perkara ini kepada suami.
Suami kata, mungkin ini perasaan saya sahaja.
Lantas, kami terus mengambil air sembahyang dan membaca Al-Quran.
Malam itu, kami tidur bertemankan alunan bacaan Al-Quran.
Alhamdulillah, kami tak diganggu lagi selepas itu.
Namun baru-baru ni Kak Gee, saya asyik terfikir mengenai kejadian terbabit dan ia membuatkan saya seram sejuk.
Apa yang patut saya lakukan ni Kak Gee?
JAWAPAN:
Salam Zila. Terima kasih kerana berkongsi dengan Kak Gee permasalahan Zila.
Mungkin betul kata suami, itu hanyalah perasaan Zila sahaja dan ia kembali datang mengganggu pemikiran Zila.
Pertama, Zila harus kongsikan perkara ini bersama suami agar dia dapat tahu apa yang bermain dalam fikiran Zila.
Apa kata Zila meneruskan aktiviti bacaan Al-Quran jika terdapat waktu senggang.
Minta kepada Allah agar Dia menjauhkan segala rasa syak wasangka dalam hati Zila.
Tapi, jika keadaan semakin teruk, Kak Gee sarankan agar Zila berjumpa dengan pakar perubatan Islam agar dia dapat membantu Zila.
Mohon kepada Allah agar fikiran Zila sentiasa tenteram dan tidak memikirkan lagi mengenai perkara yang bukan-bukan.
Insya-Allah, semuanya akan kembali seperti biasa.
---
Itu kisah Zila, bagaimana pula dengan kisah seram yang dilalui oleh Rusdi?
Jangan lupa saksikan filem Town Mall yang mengangkat kisah seram pembangunan sebuah bangunan yang terbiar.
Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.
Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka.
Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu. Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.
Jangan lupa saksikan naskhah lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Datuk Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Farahdhiya di pawagam rumah anda!
Langgan filem Town Mall bermula 25 Jun ini di Astro First saluran 480!
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live