PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee: Rasa Terkongkong Tinggal Bersama Keluarga
Soalan:
Salam Kak Gee, saya Kina. Saya nak bagitahu Kak Gee pasal masalah saya. Umur Kina dah 25 tahun, tapi Kina masih duduk dengan family. Sebelum ni Kina okay je tak ada masalah pun nak duduk dengan family, tapi lately ni Kina ada rasa macam Kina terkongkong.
Bila Kina nak keluar Kina kena bagitahu mommy dan daddy macam sekurang-kurangnya sehari awal. Kalau mereka tak bagi tu maksudnya Kina tak bolehlah keluar. Kina ni bukannya umur 5 tahun, dah besar dah pun. Cuma bezanya Kina ni duduk dengan parents, tak kahwin lagi.
Kina pun nak macam kawan kawan yang lain, yang boleh keluar bila masa mereka suka. Kina faham keduanya nak jaga keselamatan Kina tapi Kina rasa terkongkong. Kina rasa mommy dan daddy lagi sayang dekat adik bongsu Kina sebab bila dia nak keluar je mommy dan daddy bagi. Tapi bila Kina nak keluar mesti mommy akan marah dulu, cakap Kina ni tak pentingkan family, Kina pilih kawan lebih daripada keluarga.
I want to have that normal life too. I want to see my friends jugak. Takkan lah sebab mommy tak bagi Kina keluar Kina ni tak boleh ada kawan Kak Gee? Sampai bila? Sampai Kina dah kahwin ke mommy nak kongkong Kina macam ni?
Kina
Jawapan:
Waalaikumussalam Kina. Wow! 25 tahun, usia yang memang sedang seronok untuk berkawan. Kak Gee faham jiwa Kina yang nak keluar jumpa kawan-kawan.
Kak Gee rasa betul apa yang Kina katakan. Ibu dan ayah Kina memang nak jaga keselamatan Kina. Malah, Kak Gee rasa ibu dan ayah Kina sangat sayangkan Kina. Mungkin Kina rasa sedikit terkongkong tetapi Kak Gee rasa jika Kina berbincang dengan baik, apa juga masalah boleh diatasi.
Sebagai seorang anak, kita bukan saja bertanggungjawab terhadap diri kita, tapi juga pandangan orang lain terhadap keluarga kita. Kalau kita balik lewat malam, bukan sahaja ibu bapa kita yang risau tapi nanti ada juga mulut-mulut yang mengata. Jadi sangat penting untuk Kina jaga perkara tersebut dan bincang secara baik dengan ibu dan ayah.
Kak Gee cadangkan supaya sesekali Kina keluar bersama adik Kina dan mungkin daripada situ, ibu bapa Kina akan meletakkan kepercayaan kepada Kina untuk keluar bersama kawan-kawan Kina. Satu lagi perkara yang Kina boleh lakukan adalah perkenalkan kawan-kawan Kina pada Ibu bapa Kina. Bila mereka melihat sendiri bahawa Kina berkawan dengan mereka yang boleh dipercayai dan boleh membantu Kina jika berlaku perkara yang tak diinginkan, lebih mudah untuk mereka membenarkan Kina keluar bersama kawan-kawan.
Satu perkara yang Kak Gee selalu ingatkan adalah betapa bertuahnya Kina mempunyai ibu bapa yang mengambil berat tentang Kina walaupun ketika ini Kina menganggap ianya seperti mengongkong. Suatu hari nanti Kina akan menghargai apa yang mereka lakukan.
Salam sayang daripada Kak Gee!
Itu kisah Kina, bagaimana pula dengan kisah seram yang dilalui oleh Rusdi?
Jangan lupa saksikan filem Town Mall yang mengangkat kisah seram pembangunan sebuah bangunan yang terbiar.
Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.
Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka.
Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu. Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.
Jangan lupa saksikan naskhah lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Datuk Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Farahdhiya di pawagam rumah anda!
Langgan filem Town Mall bermula 25 Jun ini di Astro First saluran 480!
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Must-Watch Video