PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee: Remaja Dilema Antara Permintaan Ayah Dan Keinginan Menjaga Ibu
Soalan:
Salam Kak Gee. Saya shaf yang berumur 15 tahun. Sebelum ini saya ada submit tentang family mak saya. Kali ini pula saya ingin meluahkan tentang family ayah kandung saya. Selepas 5 tahun bercerai dengan mak saya, ayah saya telah berkahwin dengan seorang janda anak 1. Ayah saya selalu mendesak saya supaya tinggal dengannya atau dengan atuk dan nenek belah ayah saya.
Faktor utamanya kerana tidak mahu saya hidup susah. Boleh dikatakan family ayah saya ialah orang senang, Manakala family mak saya cuma sederhana. Kalau makan pun cukuplah 1 atau 2 kali sehari. Apa yang saya mintak dengan ayah saya, semuanya dapat tetapi dengan mak saya, saya jarang meminta kerana saya faham kami pun tak mampu.
Setiap kali berjumpa family ayah saya, mereka mesti mendesak untuk tinggal dengan mereka walaupun sudah banyak kali saya tolak kerana mak saya yang membesarkan saya dari dilahirkan hingga saya ke peringkat remaja walaupun kami kurang mampu. jadi saya ingin membalas jasa mak saya walaupun tidak setaraf dengan jasa mak saya yang menanggung sepanjang hidup saya. Apa pendapat Kak Gee?
Perlukah saya pentingkan diri sendiri dan terima tawaran ayah saya atau saya terus duduk dengan mak saya dan saya juga akan lebih tenang jika dapat menjaga mak saya? Kalau Kak Gee nak faham cerita saya ni, apakata Kak Gee baca kisah saya lagi satu tu dulu. sekian.
Yang Benar, Shaf.
Jawapan:
Waalaikumussalam Shaf. Kak Gee faham memang sukar apabila ibu bapa berpisah dan Shaf seolah-olah terpaksa memilih antara keduanya, tapi itu tidak benar. Shaf boleh menyayangi mereka tanpa perlu memilih.
Benar, bunyinya mudah tapi sebenarnya tidak. Kak Gee puji Shaf yang sanggup bersama ibu walaupun hidup tidak sesenang jika bersama ayah. Kesenangan hidup boleh dicari tetapi kita hanya seorang ibu sahaja.
Dalam usia yang masih remaja Kak Gee rasa Shaf sudah sangat dewasa dalam memilih mengikut pemikiran dan rasa hati Shaf. Walaupun seolah seperti Shaf bertanyakan pendapat Kak Gee, tapi daripada soalan yang Shaf kemukakan, Kak Gee sudah dapat membaca pilihan hati Shaf.
Dalam keadaan sebegini, memang tidak ada betul dan salah, cuma gerak hati Shaf sendiri yang menentukan mana yang lebih penting buat Shaf buat masa sekarang. Kak Gee doakan yang terbaik buat Shaf.
Terima kasih Kak Gee ucapkan kerana Shaf membuka banyak mata sebenarnya tentang anak yang lahir dalam keluarga yang bercerai tidak perlu berbahagi kasih sayang, tetapi membuat keputusan dengan sebaiknya apa yang perlu dilakukan ketika saat anak itu diperlukan.
Semoga Shaf bahagia dan salam sayang daripada Kak Gee.
Itu kisah Shaf, bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?
Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.
KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.
Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.
Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.
Selain Anita, pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.
Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!