PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee: Remaja Rimas Sering Kena Ejek Plywood Sebab Tubuh Badan Kurus

gempak
Kak Gee
02/09/2020
03:50 MYT
Sponsor Banner
#PMTepiKakGee: Remaja Rimas Sering Kena Ejek Plywood Sebab Tubuh Badan Kurus
SOALAN:
Salam Kak Gee, saya Iz berasal dari Gombak.
Sebenarnya, saya rimas sering kena ejek sebab bentuk badan saya yang kurus.
Saya dah buat macam-macam Kak Gee, makan enam kali sehari, tetap sama je bentuk badan saya ni.
Saya tak suka bila orang ejek saya dengan perkataan kurus kering, plywood, papan, senang kena tiup angin dan sebagainya.
JAWAPAN:
Salam Iz, Kak Gee harap Iz sihat sejahtera.
Sebenarnya, bentuk badan tak penting, apa yang penting adalah kesihatan.
Asalkan Iz menjaga pemakanan serta mengamalkan gaya hidup sihat, semuanya pasti akan jadi baik-baik sahaja.
Tapi Kak Gee faham, Iz mesti tak suka bila selalu kena ejek kan?
Saranan Kak Gee, Iz berjumpa dengan doktor atau pakar pemakanan untuk menyelesaikan masalah Iz.
Jumpa dengan mereka yang bertauliah dan jangan sesekali mencuba pil atau suplemen untuk menaikkan berat badan tanpa konsultansi doktor.
Ikut saranan doktor dan Insya-Allah, pasti Iz dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Semoga berjaya Iz!
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live