PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee: Rimas, Diekori Lelaki Yang Sama Ke Mana Sahaja
Soalan
Hi Kak Gee, saya Leha (bukan nama sebenar). Sejak minggu lalu saya perasan saya sering diekori oleh lelaki yang sama.
Saya tidak mengenali lelaki tersebut, tetapi dia pernah menegur saya sekali kerana cuba membantu saya ketika saya hendak keluar dari parking kereta di hadapan sebuah kedai.
Selepas itu sahaja, saya sering terserempak dengannya di kawasan tempat kerja saya serta di stesen kereta api ketika saya pulang dari kerja.
Saya mula rasa bimbang dan takut tetapi selama seminggu ini dia tidak pernah melakukan apa-apa yang tidak baik kepada saya.
Apa yang perlu saya buat Kak Gee? Saya rimas…
Leha
Jawapan
Hi Leha, dengar cerita sahaja Kak Gee pun dah naik rimas dengan pemuda tu.
Kalau Kak Gee pun tertanya-tanya siapa lelaki itu kan? Dari cerita Leha ni Kak Gee boleh simpulkan kepada 2.
Pertama mungkin lelaki itu memounyai hati dan perasaan kepada Leha dan oleh itu dia sering mengekori Leha. Mungkin juga dia malu untuk meluahkan perasaannya.
Cara paling cepat, apa kata Leha terus sahaja bertanya kepadanya mengapa dia sering mengekori Leha dan beritahunya Leha tidak selesa dengan perilakunya.
Kedua, mungkin juga lelaki itu ada niat jahat. Ini perlu hati-hati! Jika Leha rasa curiga lebih baik jangan berjalan atau keluar bersendirian.
Pastikan berteman setiap kali ke mana-mana dan untuk lebih selamat lagi, buat sahaja laporan polis supaya kesemalatan Leha lebih terjamin
Itu kisah Leha, bagaimana dengan kisah Rose dalam drama bersiri Pelindung Seorang Puteri
Saksikan Pelindung Seorang Puteri pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam mulai 28 Julai 2020 menerusi slot Megadrama secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Drama 16 episod itu menampilkan pelakon seperti Lisa Surihani, Farid Kamil, Sharnaaz Ahmad, PU Riz , Zain Ruffedge, Jasmine Suraya dan ramai lagi.
Drama Pelindung Seorang Puteri mengisahkan Rose lakonan Lisa Surihani yang membawa diri jauh daripada keluarga setelah difitnah kerana sering diekori oleh pengendap misteri walaupun dia sendiri sebenarnya tidak pasti akan identiti pengendap misteri tersebut.
Adakah Firdaus (lakonan Zain Hamid), bekas kekasihnya yang masih menggilainya, Saiful (lakonan Farid Kamil), rakan sepermainan yang menyukainya sejak kecil atau Hazril (lakonan Sharnaaz Ahmad), kawan baik abang kandung Rose yang dalam diam meminatinya dari jauh.
Siapakah yang akan menjadi pelindung Rose daripada terus diganggu oleh pengendap misteri tersebut? Saksikannya dalam drama Pelindung Seorang Puteri.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Must-Watch Video