PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee: “Saya Akan Tergagap & Tersasul” - Gadis Tak Yakin Berkomunikasi
Soalan:
Assalammualaikum Kak Gee. Masalah yang saya hadapi dah lama tapi saya tak tahu ia masalah yang berat atau hanya sekadar mainan perasaan.
Saya selalu berdebar untuk bercakap dengan orang sehinggakan saya akan cakap tergagap, tersasul dan takut salah cakap. Kadang-kadang akan menangis sebab salah cakap. Keadaan ini membuat kan saya merasa sangat lemah, tak berkeyakinan dan sering mengasingkan diri. Ditambah pula orang pandang acuh tak acuh dan menghina kita. Adakah ini normal?
Cik
Jawapan:
Waalaikumussalam Cik. Kak Gee harap Cik berada dalam keadaan sihat sentiasa. Kak Gee nak berkongsi satu rahsia dengan Cik. Kak Gee dulu juga menghadapi masalah yang sama dengan Cik iaitu sering gagap dan tersasul bila bercakap dengan orang. Ianya bermula daripada diri sendiri yang kurang yakin untuk bercakap dengan orang lain.
Kak Gee ada cadangan untuk Cik iaitu yang pertama adalah belajar bertutur dengan diri sendiri di hadapan cermin. Lakukan setiap hari ketika bersiap untuk ke tempat kerja. Kemudian cari seorang teman yang Cik rasa selesa untuk berbual dengannya.
Mulakan dengan bertanya khabar dan perkara-perkara biasa yang berlaku dalam hidup seharian. Kemudian bertukar pada topik-topik terkini yang berlaku di sekeliling tapi bukan bergosip ya! Latih diri Cik untuk ketawa dengan kesalahan kecil yang Cik lakukan ketika berbual. Dengan cara itu, ianya tidak menimbulkan rasa malu pada diri sendiri.
Kak Gee yakin Cik boleh melakukannya. Jangan pedulikan orang yang acuh tak acuh dan memandang rendah pada Cik kerana mereka tidak tahu apa yang Cik lalui. Hanya Cik sahaja yang tahu betapa Cik sebenarnya kuat dan boleh berkomunikasi dengan baik. Insya-Allah, keyakinan diri Cik akan datang dengan sendirinya apabila Cik sentiasa berlatih dan membuang perasaan tidak yakin.
Salam sayang daripada Kak Gee!
Itu kisah Cik, bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?
Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.
KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.
Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.
Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.
Pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.
Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Must-Watch Video