PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee: “Saya Buntu, Nak Berbalik Semula Takut Berdosa” - Isteri Dicerai Talak Tiga
Soalan:
Assalamualaikum Kak Gee. Saya dah berkahwin 6 tahun tapi belum dikurniakan anak, saya yakin perancangan Allah lebih baik . Masalah saya terjadi bila kami suami isteri ada pergaduhan yang membuatkan suami saya ceraikan saya talak 3 dan keluar dari rumah.
Tinggal saya sorang sahaja dalam rumah, saya terus laporkan pada pejabat kadi untuk elakkan masalah lain, tapi apabila sudah waktu kami berdepan dengan hakim, suami saya menafikan pulak talak yang dia ucapkan kepada saya dan hakim memberi kami peluang. Saya dengar dengan jelas talak tersebut. saya jadi buntu, nak berbalik semula takut berdosa.
Nari
Jawapan:
Waalaikumussalam Nari. Kak Gee harap Nari tabah melalui fasa kehidupan ini.
Isu cerai dan jatuh talak ini sebenarnya sukar untuk Kak Gee bagi pendapat kerana ada yang lebih arif untuk menjawap persoalan Nari.
Namun begitu, daripada rujukan Kak Gee, ada beberapa sebab yang menjadikan talak itu jatuh hukum haram:
1) Menceraikan isteri ketika sedang haid atau nifas
2) Ketika keadaan suci yang telah disetubuhi
3) Ketika suami sedang sakit yang bertujuan menghalang isterinya daripada menuntut harta pusakanya.
4) Menceraikan isterinya dengan talak tiga sekali gus atau talak satu tetapi disebut berulang kali sehingga cukup tiga kali atau lebih.
Memandangkan perkara ini telah dirujuk di hadapan hakim, Kak Gee pasti itu keputusan yang telah diambil kira dari segenap segi oleh pihak hakim. Mungkin perkara yang terbaik untuk Nari lakukan adalah mencuba kembali untuk mencapai kata sepakat dengan suami untuk hidup bersama.
Kak Gee doakan semoga Nari dapat hidup bahagia dan berbaik semula dengan suami. Semuanya adalah ketentuan Illahi dan Kak Gee doakan semoga semuanya baik-baik sahaja buat Nari.
Salam Sayang daripada Kak Gee!
Itu kisah Nari, bagaimana pula dengan kisah seram yang dilalui oleh Rusdi?
Jangan lupa saksikan filem Town Mall yang mengangkat kisah seram pembangunan sebuah bangunan yang terbiar.
Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.
Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka.
Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu. Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.
Jangan lupa saksikan naskhah lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Datuk Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Farahdhiya di pawagam rumah anda!
Langgan filem Town Mall bermula 25 Jun ini di Astro First saluran 480!
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!