PMTepiKakGee

PMTepiKakGee: "Saya Dah 7 Bulan Tak Ada Kerja" - Anak Bimbang Tak Dapat Bantu Keluarga

gempak
Kak Gee
04/05/2021
14:29 MYT
Sponsor Banner
PMTepiKakGee: "Saya Dah 7 Bulan Tak Ada Kerja" - Anak Bimbang Tak Dapat Bantu Keluarga
Soalan:
Salam Kak Gee. Saya Am, satu-satunya anak lelaki dalam keluarga 5 beradik. Sebelum PKP ni sayalah antara penyumbang utama untuk ekonomi keluarga. Kami bukanlah daripada keluarga yang senang, malah kakak-kakak yang dah kahwin semuanya pun tidaklah sesenang manapun.
Ayah memang hanya pekebun dan ibu hanya surirumah. Dulu selama 4 tahun saya kerja kerani dan dapatlah bantu keluarga. Cuma bila dah PKP dan syarikat nak kecilkan jumlah pekerja, saya antara yang diberhentikan.
Dengan kelulusan SPM, susah sangat saya nak cari kerja baru. Duit simpanan pun dah habis untuk bantu keluarga. Saya tak tahu apa nak buat lagi Kak Gee.
Am
Jawapan:
Waalaikumussalam Am. Kak Gee harap Am banyakkan bersabar. Kak Gee tahu lebih senang cakap daripada orang yang menanggungnya, tetapi di dalam keadaan sekarang ni, kita kena banyakkan berdoa dan memohon kepada-Nya.
Mungkin cadangan Kak Gee ni Am dah cuba, tapi Kak Gee cadangkan supaya Am mungkin lebih kerap di sosial media kerana ramai juga yang berkongsi kerja kosong. Ada beberapa aplikasi yang Am boleh cuba seperti LinkedIn yang juga meletakkan kerja-kerja kosong bersesuaian dengan kelayakan Am.
Kak Gee bersyukur kerana masih ramai anak yang baik seperti Am yang ingin membantu keluarga dan tidak mementingkan diri sendiri. Kak Gee akan sentiasa doakan kejayaan Am untuk mendapat kerja baru.
Jangan cepat putus asa. Kak Gee yakin Dia ada perancangan yang lebih baik untuk Am. Teruskan berusaha dan bersabar. Salam sayang daripada Kak Gee!
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live