PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee: “Saya Kemurungan” - Gadis Sering Dihina Kerana Berat Badan
Soalan:
Kak Gee, saya pernah mengalami kemurungan disebabkan berat badan saya yang mencecah 88 kg dengan ketinggian 156 cm. Semua orang mengata dan menghina saya. Saya dah cuba diet, telan pil kurus tapi semua tak menjadi. Kak Gee bantulah saya. Terima kasih.
Icha
Jawapan:
Hi Icha. Kak Gee harap Icha berada dalam keadaan sihat dan gembira. Kak Gee dapat rasakan betapa hebat cabaran yang Icha perlu tempuhi dengan pandangan orang terhadap Icha.
Sebenarnya, perasaan tersebut tidak penting kerana yang lebih utama adalah pandangan Icha terhadap diri sendiri. Jika Icha rasa menurunkan berat badan adalah perlu untuk Icha demi kesihatan Icha sendiri, Kak Gee sangat alu-alukan, tetapi jika Icha lakukan demi orang lain, baik Icha lupakan saja.
Perkara pokok adalah untuk Icha berasa gembira dengan bentuk badan Icha sendiri. Jangan fikirkan apa orang lain katakan tentang kita kerana itu hanya akan merosakkan dan mengganggu kebahagiaan diri sendiri. Icha perlu rasa gembira dengan keadaan diri sendiri dan bukan untuk memuaskan hati dan pandangan orang lain.
Bila Icha sampai ke tahap selesa dengan keadaan diri sendiri, kata-kata orang lain tidak akan memberi sebarang makna lagi kerana Icha bangga menjadi diri sendiri. Sayangi diri kita bukan sebab orang lain, tetapi kerana kita sendiri menyukai diri kita.
Kak Gee harap Icha akan dapat temui diri Icha yang membahagiakan diri sendiri. Kak Gee doakan semoga Icha lebih gembira dan jangan pedulikan kutukan orang. Sayangi diri kita sendiri, okay Icha! Buat untuk diri sendiri dan bukan kerana kutukan orang.
Salam sayang daripada Kak Gee!
Itu kisah Icha, bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?
Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.
KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.
Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.
Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.
Selain Anita, pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.
Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Must-Watch Video