PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee: “Saya Nak Bersenam & Turunkan Berat Badan Tapi...” - Payudara Besar Jadi Masalah
Soalan:
Hello Kak Gee. Saya Hani dan saya nak turun kak berat badan saya. Saya ada masalah berat badan berlebihan tapi masalahnya, payudara saya besar dan menyebabkan terganggu kalau nak buat exercise semua.
Saya dah pakai sport-bra yang sesuai pun masih goyang , jadi saya tak yakin kalau nak buat senaman lari jogging semua. Regangan kat rumah rumah pun biasa-biasa saja. Itu pun masih terganggu. Minta maaf kalau bahasa saya kesat, Kak Gee.
Yang tidak yakin, Hani
Jawapan:
Hello Hani! Kak Gee sedikit teruja untuk memberikan nasihat pada masalah yang Hani hadapi.
Sebagai seorang wanita, kita patut bangga dengan anugerah yang kita ada. Tetapi masalah berat badan sering dikaitkan dengan pelbagai penyakit dan Kak Gee gembira Hani mahu berusaha untuk menjaga kesihatan diri.
Tentang payudara yang besar, Kak Gee rasa itu bukan masalah yang patut Hani rasa malu dengan diri Hani. Itu satu aset anugerah Tuhan buat Hani. Mungkin Hani rasa ianya mengganggu Hani untuk bersenam, tetapi selagi ianya tidak memudaratkan, Kak Gee rasa tidak ada masalah.
Jika Hani mempunyai perasaan rendah diri untuk bersenam di hadapan orang lain seperti berjogging, Kak Gee sarankan Hani mulakan di rumah. Ada ramai pakar pelatih atas talian (online) yang boleh Hani ikuti untuk menurunkan berat badan. Malah, ada juga pakar nutrisi yang boleh membantu tentang soal pemakanan.
Namun begitu, jika Hani berasakan saiz payudara Hani memudaratkan, Kak Gee sarankan supaya Hani mendapat nasihat doktor untuk mengetahui cara yang terbaik kerana apabila ianya berkaitan dengan masalah kesihatan, Kak Gee rasa Hani perlu rujuk kepada mereka yang pakar.
Apa-apapun, Kak Gee puji Hani kerana ingin menurunkan berat badan demi menjaga kesihatan diri. Teruskan usaha Hani itu. Salam sayang daripada Kak Gee!
Itu kisah Hani, bagaimana pula dengan kisah seorang ustaz yang berperang dengan kisah lampau?
Jangan lupa saksikan Ada Apa Dengan Dosa yang mengangkat kisah seorang ustaz menghadapi dosa silam apabila pernah berzina hingga melahirkan anak luar nikah.
Lebih menakutkan, anak itu membesar sebagai seorang yang berfikiran bebas dan tidak mempercayai kewujudan Tuhan hingga mahu membunuh diri.
Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi pelakon, Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.
Ada Apa Dengan Dosa akan ditayangkan di saluran Astro First bermula 4 Jun ini.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Must-Watch Video