PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee: “Saya Penat Buat 3 Kerja Untuk Bantu Adik Beradik” - Gadis Letih Tapi Tak Mahu Hampakan Ibu Bapa
Soalan:
Hi Kak Gee. Nama saya Amy. Keluarga saya besar, ada 7 orang adik beradik. Kami juga bukanlah orang berada dan semua kerja biasa-biasa je. Tapi masa PKP ada adik beradik saya diberhentikan kerja. Saya anak keempat dalam keluarga.
Syukur saya masih lagi ada kerja. Cuma saya rasa sangat terbeban bila ayah dan mak
minta saya bantu adik beradik yang lain. Saya tak nak jadi anak derhaka, tapi saya jadi susah. Saya buat dua lagi kerja dalam satu masa tak termasuk kerja tetap saya.
Siang saya kerja seperti biasa, balik kerja saya sambung pula di restoran makanan segera, dan pada masa yang sama saya ambil biskut dan jual online.
Saya tahu adik beradik saya cuba nak cari kerja, tapi memang susah sekarang ni. Walaupun saya ada cakap suruh buat kerja sambilan, tapi masing-masing nak tunggu kerja tetap.
Saya penat Kak Gee. Saya harap Kak Gee boleh bantu bagi nasihat pada saya.
Yang penat, Amy
Jawapan:
Hai Amy. Sebelum Kak Gee tulis panjang lebar, Kak Gee nak ucapkan terima kasih kerana Amy sanggup bekerja keras membantu ahli keluarga yang terjejas akibat PKP. Amy adalah seorang anak yang baik.
Saranan Kak Gee untuk Amy adalah didik adik beradik perlahan-lahan untuk mencari rezeki cara lain buat sementara waktu. Mereka boleh ikut cara Amy melakukan kerja-kerja separuh masa sementara menunggu kerja baru.
Bincang dengan ibu bapa Amy tentang keperluan Amy dan berapa yang Amy mampu sumbangkan untuk bantu adik beradik yang lain. Kak Gee percaya mereka juga akan faham dengan kesulitan yang Amy lalui.
Setiap daripada kita mahukan yang terbaik untuk keluarga, tetapi jangan sampai kesihatan Amy terjejas kerananya. Mungkin ada adik beradik Amy yang boleh membantu Amy menjual biskut secara online dan mereka juga akan ada sedikit pendapatan sendiri.
Ketika ini Kak Gee rasa ramai yang berniaga secara online dan perkara ini juga boleh dibincangkan dengan adik beradik Amy yang lain. Mungkin keluarga Amy boleh ada perniagaan sendiri secara online dan menambah pendapatan sementara menanti kerja tetap.
Kak Gee harap Amy dapat berbincang dengan baik kerana keluarga kita adalah segala-galanya. Jaga diri Amy dan salam sayang daripada Kak Gee.
Itu kisah Amy, bagaimana pula dengan kisah seorang ustaz yang berperang dengan kisah lampau?
Jangan lupa saksikan Ada Apa Dengan Dosa yang mengangkat kisah seorang ustaz menghadapi dosa silam apabila pernah berzina hingga melahirkan anak luar nikah.
Lebih menakutkan, anak itu membesar sebagai seorang yang berfikiran bebas dan tidak mempercayai kewujudan Tuhan hingga mahu membunuh diri.
Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi pelakon, Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.
Ada Apa Dengan Dosa akan ditayangkan di saluran Astro First bermula 4 Jun ini.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!