PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee: “Saya Rasa Macam Dipulaukan” - Gadis Dianggap Tak Setaraf
Soalan:
Salam Kak Gee. Di tempat kerja saya ni saya selalu sorang-sorang. Saya jarang bergaul dengan orang lain kerana mereka anggap saya seperti tak setaraf dengan mereka, walaupun saya ada lebih banyak pengalaman berbanding dengan yang lain. Mereka ada click mereka sendiri.
Saya ingat lepas masuk office semula bila habis PKP ni keadaan akan berubah, tapi rupa-rupanya lagi teruk Kak Gee. Saya rasa macam dipulaukan. Makan seorang diri dan bekerja pun sendiri. Kalau ada masalah, memang susah nak minta bantuan dorang tapi kalau dorang ada masalah, laju saja minta tolong saya.
Saya rasa sunyi Kak Gee. Rasa macam nak berhenti kerja tapi dalam keadaan suasana yang tak menentu ni saya tak berani. Apa perlu saya buat Kak Gee.
Wawa
Jawapan:
Waalaikumussalam Wawa. Kak Gee harap Wawa sihat. Kak Gee mungkin tak berapa faham kenapa Wawa tidak dilayan seperti kawan-kawan yang lain di tempat kerja tetapi Kak Gee tak bimbang sangat.
Pada Kak Gee mudah saja kerana ramai sebenarnya yang melalui nasib yang sama seperti Wawa di tempat kerja. Jangan bimbang dengan apa yang mereka buat pada Wawa. Yang penting, Wawa lakukan tugasan seperti yang diminta oleh syarikat tempat Wawa bekerja.
Jika Wawa rasa sunyi, Wawa tidak memerlukan mereka yang berada di pejabat, tetapi carilah kawan-kawan lain yang mempunyai minat yang sama dengan Wawa. Cuba media sosial seperti Instagram dan Facebook untuk berhubung dengan kawan-kawan lama di sekolah dahulu dan juga cari kawan-kawan baru yang ada persamaan dengan Wawa.
Kak Gee yakin kehidupan Wawa akan berubah selepas ini kerana kita mendapat teman-teman yang sememangnya mempunyai persamaan dengan kita dan bukan orang yang berpura-pura baik dengan kita hanya bila memerlukan pertolongan kita.
Kak Gee harap Wawa akan lebih gembira selepas ini. Salam sayang daripada Kak Gee!
Itu kisah Wawa, bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?
Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.
KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.
Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.
Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.
Selain Anita, pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.
Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!