PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee: “Saya Takut Nak Jumpa Dengan Ayah Saya” - Gadis Bimbang Keselamatan Diri
Soalan:
Hello Kak Gee. Ayah saya ada hubungan dengan bekas teman wanitanya. 2 tahun lepas, mereka berjumpa balik. Nak dijadikan cerita, mereka masih saling mencintai antara satu sama lain, dan berjumpa senyap-senyap tanpa pengetahuan ibu saya. Lepas tu kantoi. Ibu saya sangat marah dan tak expect pun my father buat macam ni sebab ibu percayakan ayah.
Lepas tu satu persatu benda yang saya tak tahu tentang ayah saya terbongkar. So, selama I hidup, ibu saya yang banyak tampung hidup keluarga kami. Of course my father bekerja. Tapi, dia lebih rela habiskan duitnya untuk his mom and friends berbanding kami. Kami makanpun bercatu. Nak keluar makan kat kedai? Sorry lah memang sangat susah. Boleh kira pakai jari saja bila kami luangkan masa bersama kat luar.
Sayapun nak beli apa-apa saya usaha kumpul duit belanja sekolah sebab saya tahu payahnya nak minta duit dengan ayah saya. Dari sekolah menengah saya belajar kumpul duit untuk beli barang pakai saya. Sekarang saya sangat frust with my father. Saya dah tak rasa selamat kalau saya dengan dia. Saya bersyukur sebab my parents dah bercerai jadi saya dapat tengok ibu saya gembira balik.
Tapi saya masih dilema sebab mestilah ayah saya nak saya jumpa dia kan. Saya takut. Saya rasa tak selamat. Saya selalu cari alasan untuk elak berjumpa dengan ayah saya. Hmmm. Jahat ke saya? Saya tak boleh nak tipu diri saya sendiri. Saya takut kalau saya jumpa ayah saya, anything will happen to me. Help me.
Lily
Jawapan:
Hello Lily. Terima kasih kerana sudi meminta pandangan Kak Gee tentang masalah yang dihadapi oleh Lily.
Kak Gee gembira kerana keputusan ibu untuk berpisah memberikan kegembiraan buat ibu Lily. Mungkin sudah bukan jodohnya bersama ayah Lily.
Cuma Kak Gee kurang faham kenapa Lily begitu takut untuk berjumpa dengan ayah Lily sendiri. Kalau ada perkara lain yang Lily tidak terangkan, Kak Gee faham. Jika Lily benar-benar bimbang dengan keselamatan Lily ketika berjumpa dengan ayah, mungkin Lily boleh membawa teman bersama.
Lily juga boleh berjumpa dengannya di tempat awam atau di tempat terbuka, contohnya makan tengahari di luar. Kalau ada sesuatu perkara yang Lily rasa boleh membahayakan Lily, Kak Gee rasa sangat perlu untuk Lily berkongsi perkara tersebut dengan pihak yang lebih berkuasa. Jangan biarkan hidup Lily berada di dalam ketakutan setiap masa.
Buat masa sekarang, jika Lily enggan berjumpa dengan ayah Lily, tidak perlulah Lily berjumpa dengannya. Tenangkan fikiran daripada ketakutan dan kekusutan dan fokus kepada ibu Lily.
Kak Gee harap apa yang Kak Gee kongsikan ini sedikit sebanyak dapat membantu Lily. Salam sayang daripada Kak Gee!
Itu kisah Lily, bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?
Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.
KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.
Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.
Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.
Selain Anita, pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.
Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!