Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee: “Saya Terhutang Budi Tapi...” - Pemuda Serba Salah Bila Pakcik Paksa Kahwin Dengan Anaknya

Kak Gee 06/06/2020 | 07:54 MYT
Soalan:
Asalamualaikum kak Gee. Saya ada masalah paling besar dalam hidup saya. Saya anak yatim piatu. Ibu ayah saya meninggal dunia semasa saya berumur 15 tahun. Sekarang umur saya 24 tahun.
Selepas ibu ayah saya meninggal, saya dijaga oleh pakcik saya. Alhamdulillah, saya baru sahaja tamat pengajian peringkat ijazah, cuma disebabkan covid- 19 saya tak tahu bila konvo akan berlangsung.
Itu bukan masalah, tapi masalahnya Kak Gee, pakcik saya nak kawinkan saya dengan anak dia. Saya tersepit dengan situasi ni. Saya terhutang budi dengan pakcik saya, yelah dia jaga saya.
Saya jadi lebih tersepit apabila anak pakcik saya tu sudah ada kekasih hati. Dia suruh saya bagitahu pakcik saya yang dia tak nak kahwin dengan saya sebab dia dah ada kekasih hatinya.
Macam mana ye Kak Gee saya nak bagi tahu pakcik saya? saya rasa serba salah sebab budi pak cik saya sampai mati saya tak boleh nak balas. Tapi saya masih muda dan saya nak kejar cita cita dulu.
Yang serba salah, Acap
Jawapan:
Waalaikumussalam Acap. Tahniah Kak Gee ucapkan kerana berjaya mengenggam segulung ijazah dan pastinya seluruh keluarga Acap bangga dengan pencapaian Acap.
Kak Gee faham Acap terhutang budi dengan segala yang dibuat oleh pakcik Acap untuk memberikan bukan sahaja kasih sayang, tapi segala keperluan pada Acap untuk berjaya.
Acap perlu duduk berbincang sebaiknya dengan pakcik Acap tentang perkara ini kerana ianya melibatkan masa depan Acap. Bukan sahaja anak pakcik Acap sudah ada pilihan hati, tapi lebih penting adalah Acap punya cita-cita yang lebih tinggi yang ingin Acap capai.
Perbincangan adalah sesuatu yang paling baik kerana apabila kita duduk bercakap, kita boleh luahkan apa yang kita rasa, kita boleh baca bahasa badan dan kita juga boleh memberi penerangan sepenuhnya tanpa berselindung.
Anak pakcik Acap juga perlu terangkan kepada ayahnya yang dia sudah mempunyai pilihan hati, dan bawa pemuda tersebut berjumpa dengan bapanya kalau dia benar-benar serius.
Dalam usia 24 tahun, Acap masih ada banyak perkara yang mahu dicapai dalam hidup dan Acap juga sudah cukup dewasa untuk menentukan masa depan Acap.
Semua ini perlu diterangkan secara baik dengan pakcik Acap supaya dia faham apa yang Acap lakukan bukanlah kerana tidak terhutang budi, tetapi Acap ada banyak perkara di luar sana yang mahu dirasai pengalamannya dalam mengejar cita-cita Acap.
Kak Gee sangat berharap Acap dapat berbincang dengan baik bersama pakcik Acap. Insya-Allah, air dicincang takkan putus. Cuma pakcik Acap perlu melihat kepada cita-cita dan masa hadapan Acap.
Semoga nasihat Kak Gee dapat membantu Acap. Salam sayang daripada Kak Gee!
Itu kisah Acap, bagaimana pula dengan kisah seorang ustaz yang berperang dengan kisah lampau?
Jangan lupa saksikan Ada Apa Dengan Dosa yang mengangkat kisah seorang ustaz menghadapi dosa silam apabila pernah berzina hingga melahirkan anak luar nikah.
Lebih menakutkan, anak itu membesar sebagai seorang yang berfikiran bebas dan tidak mempercayai kewujudan Tuhan hingga mahu membunuh diri.
Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi pelakon, Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.
Ada Apa Dengan Dosa akan ditayangkan di saluran Astro First bermula 4 Jun ini.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
#PMTepiKakGee #Dipaksa Kahwin
;