PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee: “Saya Tiada Keyakinan Diri” - Wanita Anggap Semua Orang Benci Dan Tak Suka Dirinya
Soalan:
Assalamualaikum Kak Gee, terima kasih kerana menawarkan khidmat untuk mendengar luahan hati saya. Saya ada masalah dengan tiada keyakinan terhadap diri sendiri. Saya terasa tersisih dengan semua orang. Saya beranggapan semua orang benci dan tak suka saya. Saya sudah berkahwin.
Saya takut nak berhadapan dengan orang. Saya dah kahwin selama 3 tahun Dan masih belum dikurniakan zuriat. Kadang-kadang saya tertekan bila orang mengata saya macam-macam tapi saya buat tak tahu dan pekakkan telinga. Kadang-kadang saya rasa diri ni tak berguna. Terima kasih kerana sudi dengar luahan isi hati saya, Kak Gee.
Syaa
Jawapan:
Waalaikumussalam Syaa. Terima kasih juga buat Syaa yang sudi berkongsi masalah dengan Kak Gee. Apapun yang dikongsi, Kak Gee akan cuba memberikan nasihat, pandangan dan cadangan sebaik mungkin.
Ramai orang yang selalu merasakan mereka tidak punya keyakinan diri. Ini selalu terjadi apabila mereka sering membandingkan kehidupan sendiri dengan kehidupan orang lain. Mereka sering merasakan kehidupan orang lain lebih baik daripada kehidupan mereka.
Kak Gee ada cadangan untuk Syaa sebenarnya. Anggaplah seperti ‘kerja rumah’ yang Kak Gee berikan kepada Syaa. Apa yang Kak Gee mahu Syaa buat adalah menulis setiap pencapaian dalam hidup Syaa. Daripada apa yang Kak Gee baca, Syaa sudah berumah tangga sedangkan ramai lagi yang belum punya pasangan hidup.
Masih belum mempunyai zuriat mungkin kerana belum masanya lagi kerana Allah yang menentukan segalanya. Kak Gee pasti dengan izin-Nya Syaa akan ada zuriat suatu hari nanti.
Jangan rasa tertekan atau tersisih daripada orang lain. Sebenarnya tidak ada orang lain yang mampu memberikan kegembiraan kepada kita kecuali diri kita sendiri. Macam
mana? Sayangi diri kita dan hargai diri kita. Bila kita sayang dan hargai diri kita sendiri, kita akan gembira dan bila kita gembira, orang sekeliling juga akan mendekati kita kerana kita mempunyai aura yang positif. Kak Gee yakin sangat-sangat bahawa Syaa ada aura yang positif!
Yakin pada diri dan sayangi diri Syaa, Kak Gee pasti Syaa akan lebih tahu betapa bergunanya diri Syaa. Salam sayang daripada Kak Gee!
Itu kisah Syaa, bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?
Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.
KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.
Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.
Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.
Selain Anita, pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.
Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Must-Watch Video