PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee: “Saya Trauma Memandu” - Beberapa Kali Kemalangan, Pemuda Murung Dan Tertekan
Soalan:
Asalamualaikum Kak Gee. Sewaktu saya berusia 12 tahun saya pernah kemalangan melibatkan motosikal. Alhamdulillah, diberi peluang untuk bernyawa lagi. Selepas itu, usia 21 tahun saya kemalangan lagi. Sejak kejadian itu saya trauma dan masuk sahaja saya dalam kereta, mesti dan wajib bayangan kemalangan lalu bermain di benak fikiran.
Tahun berlalu demi tahun, saya drive seperti biasa tanpa ada trauma or bayangan lagi. Namun, kali ni saya kemalangan lagi sehingga trauma itu kembali menyerang saya. Selepas 3 bulan kemalangan saya sudah tidak mampu drive. Setiap kali saya nak drive, peristiwa kemalangann lepas menghantui diri saya. Ya, saya ada jumpa Doktor dan bagitahu masalah saya. Tapi, saya masih tetap trauma. Saya tertekan dan stress sehingga saya berkurung di dalam bilik.
Pernah satu malam, ibu saya kena serangan jantung, masa tu hujan lebat. Saya cepat-cepat capai kunci kereta tapi saya tak boleh drive, bayangan kembali lagi. Betapa losernya saya rasa, kerana saya terpaksa membonceng motosikal untuk hantar ibu saya ke emergency.
Kak Gee bayangkan hujan-hujan macam tu saya terpaksa bonceng motosikal untuk hantar ibu saya sedangkan kereta ada. Saya rasa diri saya loser. Saya benci dengan diri sendiri.
Alhamdulillah, ibu saya bernasib baik dan dapat di selamatkan. Cuma keadaan saya semakin stress saya berasa bersalah, loser dan anak yang tak berguna. Saya tak tahu macam mana untuk hilangkan rasa trauma ni.
Mr Trauma
Jawapan:
Waalaikumussalam Mr Trauma. Syukur, ibu selamat dan Kak Gee doakan semoga ibu Mr Trauma sentiasa sihat selalu.
Pada pendapat Kak Gee, kalau Mr Trauma dapat membawa ibu ke hospital dengan cara apa sekalipun, kenapa mahu rasa seperti ‘loser’? Mr Trauma menggunakan apa cara sekalipun untuk memastikan ibu dapat dihantar ke hospital dan itu adalah sifat yang sangat penting ada dalam seseorang. Jangan sesekali salahkan diri Mr Trauma.
Masalah trauma ini adalah masalah secara psikologi. Ada orang trauma perkara-perkara yang tak pernah berlaku pada mereka seperti tempat tinggi, naik kapalterbang dan sebagainya serta ada pula yang trauma dengan kejadian yang pernah berlaku pada mereka seperti Mr Trauma.
Ada pelbagai cara untuk mengatasi trauma seperti mencubanya untuk pertama kali, tetapi dalam kes Mr Trauma Kak Gee rasa ianya lebih kepada klinikal. Bukan perkara mudah untuk mengatasi masalah trauma yang dihadapi oleh Mr Trauma kerana ianya berlaku berulang kali dan lekat dalam ingatan.
Jadi Kak Gee sarankan supaya Mr Trauma berjumpa dengan doktor pakar untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Mereka pastinya lebih tahu untuk menganalisis masalah dan memberi rawatan yang sesuai untuk Mr Trauma mengatasi masalah ini.
Tapi percayalah cakap Kak Gee, Mr Trauma bukan seorang ‘loser’. Malah Kak Gee anggap Mr Trauma seorang hero kerana walaupun berada dalam keadaan tertekan dan trauma, Mr Trauma masih lagi mampu membawa ibu ke hospital. Itu perkara penting yang Mr Trauma kena ingat.
Jangan lupa untuk berjumpa dengan doktor pakar, dan salam sayang daripada Kak Gee!
Itu kisah Mr Trauma, bagaimana pula dengan kisah seram yang dilalui oleh Rusdi?
Jangan lupa saksikan filem Town Mall yang mengangkat kisah seram pembangunan sebuah bangunan yang terbiar.
Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.
Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka.
Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu. Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.
Jangan lupa saksikan naskhah lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Datuk Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Farahdhiya di pawagam rumah anda!
Langgan filem Town Mall bermula 25 Jun ini di Astro First saluran 480!
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!