PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee: “Selalu Buat Keputusan Tak Menentu” - Risau Kalau Salah Buat Pilihan

gempak
Kak Gee
22/08/2020
14:45 MYT
Sponsor Banner
#PMTepiKakGee: “Selalu Buat Keputusan Tak Menentu” - Risau Kalau Salah Buat Pilihan
Soalan:
Assalamualaikum Kak Gee. Saya lepasan SPM. Saya ni jenis tak menentu dalam buat keputusan. Sekarang saya nekad nak kerja. Kerja sekarang yang ada pun kerja kilang. Tapi saya tetap bersyukur.
Tiba-tiba hati ni kata nak sambung belajar. Ya Allah, stress sebab selalu sangat rasa tak sedap hati dengan keputusan yang saya buat. Saya ada kawan tapi semua datang masa saya senang. Bila perlukan someone untuk cerita masalah, semua diam. Layan pun nak tak nak . Alasan busy. Sedih.
Hamba Allah
Jawapan:
Waalaikumussalam, Hamba Allah. Terima kasih kerana sudi menulis kepada Kak Gee tentang apa yang anda sedang alami. Betul, kadangkala kita terasa sunyi bila orang tidak dapat meluangkan masa untuk mendengar masalah kita.
Setiap kali kita membuat keputusan untuk masa hadapan kita, perkara yang terbaik untuk kita lakukan ialah bertanyakan kepada Pencipta kita. Perkara utama yang Kak Gee cadangkan adalah untuk anda buat solat Istikharah.
Dia Yang Maha Mengetahui, jadi mengadulah kepadanya jika anda rasa risau jika membuat keputusan yang salah. Insya-Allah, anda akan mendapat petunjuk daripada-Nya. Itulah tempat mengadu sebaik-baiknya bila kita buntu, apatah lagi tentang keputusan hidup kita.
Kita tidak akan selalunya ada teman-teman di sekeliling untuk mendengar masalah kita, tetapi kita sentiasa ada Dia. Kak Gee doakan anda akan membuat keputusan yang terbaik untuk hidup anda dan sentiasalah bersyukur dengan apa juga yang kita ada.
Setiap daripada kita ada rezeki masing-masing, dan kita perlu berusaha dan berdoa untuk mendapatkannya. Salam sayang daripada Kak Gee!
Itu kisah Hamba Allah, bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?
Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.
KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.
Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.
Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.
Pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.
Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live