PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee: Selepas 3 Bulan Tak Masuk Pejabat, Ada Banyak Benda Pelik Jadi.. Seram!
SOALAN:
Salam Kak Gee, saya Iman dan kini sedang bekerja di salah sebuah syarikat kecil di ibu kota.
Pejabat tempat saya bekerja mempunyai lebih kurang 30 orang staf dan semenjak PKP, pejabat kami ditutup.
Semua kakitangan diarahkan untuk bekerja dari rumah dan Alhamdulillah, syarikat kami tidak terjejas sepanjang.
Kini, semenjak PKPP dilaksanakan, kami kembali ke pejabat dan bekerja seperti biasa.
Masalah yang hadir ialah ada benda-benda pelik yang berlaku di pejabat kami!
Setakat ini, ada dua orang staf yang ternampak kelibat pelik ketika mereka berada di pantry.
Ada satu kes lain pula, ada seorang staf lain yang terdengar bunyi pelik ketika dia mahu pulang ke rumah ketika waktu Maghrib.
Saya sendiri tak mahu fikir bukan-bukan, jadi saya mahu ajukan kepada Kak Gee agar dapat membantu kami menyelesaikan masalah yang dihadapi.
--
JAWAPAN:
Salam Iman, Kak Gee harap Iman sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dirahmati Allah.
Terima kasih kerana menghubungi Kak Gee dan meluahkan apa yang terpendam di hati.
Pada pandangan Kak Gee, apa yang rakan-rakan Iman rasakan mungkin ada benarnya.
Biasalah, pejabat yang sudah lama ditinggalkan, jadi mungkin ada perkara lain yang singgah atau menumpang.
Tapi, mungkin perkara itu hanya mainan perasaan rakan-rakan Iman.
Cadangan Kak Gee, apa kata Iman usulkan kepada pihak pengurusan dan kakitangan pejabat untuk mengadakan bacaan Yassin dan tahlil secepat mungkin.
Selain itu, mungkin Iman dan rakan-rakan boleh mengimarahkan keadaan pejabat dengan alunan suci A-Quran yang dipasang tanpa henti.
Minta bantuan pada Allah untuk menghilangkan rasa yang bukan-bukan ketika Iman dan rakan-rakan berada di pejabat.
Namun begitu, jika berlarutan, Kak Gee cadangkan supaya Iman dan rakan-rakan mendapatkan bantuan pengamal perubatan Islam.
Insya-Allah, semua perkara buruk akan berlalu pergi.
-
Itu kisah Iman, bagaimana pula dengan kisah seram yang dilalui oleh Rusdi?
Jangan lupa saksikan filem Town Mall yang mengangkat kisah seram pembangunan sebuah bangunan yang terbiar.
Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.
Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka.
Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu. Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.
Jangan lupa saksikan naskhah lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Datuk Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Farahdhiya di pawagam rumah anda!
Langgan filem Town Mall bermula 25 Jun ini di Astro First saluran 480!
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!