PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee: "Seluar Dalam Bersepah!" - Remaja Geram Ada Abang Pengotor
SOALAN:
Salam Kak Gee. Saya Azril, anak bongsu dari empat adik beradik.
Saya masih bersekolah dan tinggal sebilik dengan abang saya.
Abang saya kini bergelar mahasiswa di sebuah pusat pengajian tinggi.
Malang sekali apabila perangainya tak menggambarkan statusnya sebagai pelajar universiti.
Dia pengotor sangat Kak Gee!
Saya yang berkongsi bilik dengan dia pening dengan kerenah abang sendiri.
Baju lepas pakai dibiar merata, seluar dalam bersepah-sepah.
Paling geram, tuala basah lepas pakai tu, dia biar aje kat lantai, tak reti nak sangkut atau sidai.
Bau kepam Kak Gee!
Saya memang tak boleh tahan jadi setiap kali dia buat sepah, setiap kali tu saya kemaskan.
Saya lemas dan rimas tengok bilik bersepah, tapi sampai bila saya nak kena kemas?
Saya masih boleh bersabar dengan perangai dia tapi lama-lama boleh naik hantu!
Macam mana saya nak tegur dia ni?
JAWAPAN:
Salam Azril, terima kasih kerana berkongsi masalah dengan Kak Gee perihal abang yang pemalas.
Bagi Kak Gee, Azril boleh terus menegur abang kerana kebersihan adalah satu benda asas yang diperlukan dalam kehidupan.
Kak Gee setuju dengan soalan Azril, sampai bila Azril nak bantu abang Azril mengemas barangnya?
Amboi, naik lemaklah dia!
Tapi, jika Azril mahu menegur, pastikan ia lakukan dengan cara yang baik dan tak mengguris hati abang Azril.
Kalau Azril rasa Azril tak boleh melakukannya, minta bantuan ibu bapa Azril untuk campur tangan.
Terangkan situasi yang Azril hadapi, jangan kemas barangan abang Azril dan tunjuk kepada ibu bapa Azril apa yang abang lakukan.
Semua perkara mesti ada jalan penyelesaian dan Kak Gee harap, masalah Azril dan abang dapat diatasi dengan sebaik mungkin.
Insya-Allah.
Itu kisah Azril, bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?
Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.
KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.
Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.
Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.
Pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.
Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Kredit foto: Pinterest
Must-Watch Video