PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee: "Sering Dipandang Serong" - Lelaki Tidak Selesa Dengan Segelintir Orang
Soalan:
Assalamualaikum Kak Gee. Nama Saya Muhammad dan saya baru memeluk Islam dua bulan lalu. Tapi sebenarnya saya dah lama belajar tentang agama suci ini dan saya nak faham betul-betul sebelum saya mengucap khalimah syahadah.
Untuk pengetahuan Kak Gee, sebelum memeluk Islam saya memang sukakan tatu sebab itu badan saya ada banyak tatu termasuk bahagian kaki dan tangan. Saya memang dapat tahu ianya tidak menjadi masalah jika saya nak buang atau tidak. Kalau buang boleh memudaratkan, saya tidak perlu buang. Ustaz dah terangkan pada saya.
Cuma sekarang adalah pandangan segelintir masyarakat terutama sekali bila solat jemaah terutamanya solat Jumaat. Saya cuba juga untuk cover dengan pakai lengan panjang tapi masih kelihatan. Yalah kan, nak ambil air sembahyang, kenalah lipat lengan baju dan sebagainya.
Kalau mereka curious saya tak kisah sangat, tapi bila pandang seolah menyindir tu saya terasa lah jugak. Bukankah Islam itu mudah, kenapa ada orang membuatkannya payah?
Muhammad
Jawapan:
Waalaikumussalam Muhammad. Indahnya nama yang dipilih. Selamat datang saudara baru Kak Gee. Terima kasih kerana menulis kepada Kak Gee.
Kak Gee harap Muhammad jangan ambil hati sangat dengan segelintir orang yang pandang Muhammad macam tu. Betul sangat apa yang Muhammad katakan itu, Islam itu mudah, tetapi ada segelintir manusia itu sendiri yang membuatkannya payah.
Untuk saudara baru seperti Muhammad dan mempunyai tatu pada badan, Islam tidak melarangnya jika untuk membuang tatu tersebut boleh mendatangkan kemudaratan kepada Muhammad. Apa yang diperkatakan oleh Ustaz pada Muhammad itu perkara yang betul.
Jangan pedulikan pandangan segelintir orang yang masih belum faham kerana mereka sendiri juga masih dalam proses untuk belajar. Penutup tatu daripada pandangan orang bukanlah kerana tidak mahu orang memandang sinis dan sebagainya, tetapi lebih kepada untuk Muhammad tidak menunjuk-nunjuk sisi tersebut kepada lainnya.
Jangan biarkan segelintir mereka yang tidak faham mengganggu diri Muhammad. Sekali lagi, selamat datang saudara baru Kak Gee. Salam sayang daripada Kak Gee!
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Must-Watch Video