PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee: Suami Pening Isteri Ketagih Rokok!
SOALAN:
Salam Kak Gee, saya Imran berasal dari selatan tanah air.
Saya baru dua bulan berkahwin dengan Z selepas tiga tahun bercinta.
Advertisement
Dia merupakan seorang wanita yang baik dan saya senang dengan Z.
Tetapi, dia ada tabiat buruk iaitu gemar merokok.
Sebelum berkahwin, dia berjanji dengan saya untuk berhenti merokok, tetapi nampaknya dua bulan telah berlalu, dia masih ketagih merokok.
Saya kurang gemar dengan perangai Z yang satu ni sebab saya sendiri tak merokok.
Apa nasihat yang patut saya berikan?
JAWAPAN:
Salam Imran, semoga sihat selalu.
Kak Gee rasakan, Imran boleh ajak Z untuk duduk berbincang mengenai perkara ini.
Sebagai suami, penting untuk Imran memberikan dorongan kepada Z untuk meninggalkan tabiat buruknya itu.
Janganlah kerana satu perkara yang Imran tak gemari, Imran lupa dengan 1,000 kebaikan yang Z ada.
Bincang elok-elok, bantu Z untuk menghentikan ketagihan itu.
Bukannya mudah untuk meninggalkan tabiat buruk tapi Kak Gee percaya, pasti ada caranya.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Must-Watch Video