,
PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee; Suami Tak Boleh Buang Lifesytle Lama, Padahal Sudah 5 Tahun Tak Bekerja

Kak Gee
13/09/2020
15:00 MYT
SOALAN
Kak Gee, saya seorang isteri yang sudah 15 tahun berkahwin. Sebenarnya sepanjang perkahwinan saya dan suami jarang bertengkar. Suami seorang yang baik malah selalu menjaga empat anak kami jika saya keluar bekerja.
Ringkasnya Kak Gee, saya datang dari keluarga yang tidak susah. Pendek kata kalau kami ada masalah, mak dan ayah saya tak kedekut untuk membantu, lagipun saya hanya dua beradik.
Nak dijadikan cerita, suami punya satu sikap iaitu suka berganti tempat kerja. Kali terakhir dia bekerja adalah lima tahun lalu. Namun sehingga sekarang dia hidup dengan lifestyle seperti masih bekerja. Melepak dan membeli barangan mewah.
Terkini dia tak terlepas ikut hobi berbasikal. Bukan murah harga sebuah basikal dan aksesorinya Kak Gee. Semua dia minta saya belikan, dan sebab sayang saya belikan buatnya kerana mengenang dia banyak membantu meringankan kerja di rumah saat saya bekerja.
Hakikatnya semua saya yang bayar dan tanggung. Ada masa saya sudah tidak sabar, tapi memikirkan suami pun ada banyak kebaikan saya diamkan sahaja. Cuma sekarang saya rasa suami perlu berubah, tapi bagaimana cara untuk saya beritahu kepadanya?
Yang Benar, Puan S
Kredit Foto: Happier Human
JAWAPAN
Hi S, sihat ke? Terima kasih S sebab sudi meminta pandangan dari Kak Gee.
Suka atau tidak, Puan S perlu berhadapan dengan suami. Berbicara dari hati ke hati dan berbincang dengan penuh rukun.
Untuk suami tak bekerja selama lima tahun dan andalah yang menjadi tulang belakang kepada keluarga, itu bukan cara yang betul.
Di dalam Islam pun ia salah, apa lagi tak memberi nafkah kepada isteri. Benar, memang dengan izin anda duit anda boleh digunakan oleh suami, tetapi untuk menjadi ketua keluarga pada saat suami bersenang lenang, itu adalah salah.
Puan S kena berani dan membantu diri anda, anak anak juga suami. Pada masa hadapan, bayangkan jika ibu dan bapa anda yang masih selalu membantu anda sekelurga tiada lagi, bagaimana anda mahu menampung segalanya dengan sikap suami yang masih tidak sedar diri?
Jadi nasihat Kak Gee, segeralah berbicara dengan suami. Sebab lima tahun bukan tempoh sekejap untuk anda bersabar tapi ia satu tempoh yang terlalu lama untuk memanjakan suami dengan tidak bekerja, masih boleh berlagak seperti orang kaya dan anda tersiksa dengan semua tanggungan.
Dari apa yang Puan S ceritakan, Kak Gee percaya dengan sikap baik suami, dia pasti boleh menerima apa yang akan anda luahkan. Sama samalah kalian membantu dan saling melengkapi antara satu sama lain ya.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

"Siapa Nak Bagi Kan?" - Pelajar SPM Pusat Tuisyen PTTI Terkejut Menang Hadiah Kereta Harga RM40,000

gempak
10/10/2024
08:30 MYT
Pelajar tingkatan lima Nur Iman Athirah Roseman menjadi peserta paling bertuah apabila berjaya memenangi kereta Axia bernilai RM40,000 sempena Peraduan PTTI Better Results.
Berita

Bunuh Altantuya: Hukuman Mati Azilah Diganti Penjara 40 Tahun, 12 Sebatan

gempak
10/10/2024
08:00 MYT
Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri yang membunuh seorang wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, 18 tahun lalu, terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Persekutuan di sini pada Khamis, menggantikannya kepada hukuman penjara selama 40 tahun.
Hiburan

Datuk Zainalabidin 40 Tahun Menyanyi Tak Pernah Miming: “Saya Penyanyi Bagus…”

gempak
09/10/2024
20:35 MYT
Datuk Zainalabidin adalah seorang penghibur yang telah melontarkan vokal bertenaganya sejak sekitar tahun 1970-an.
Hiburan

"Tiba-Tiba Saya Rasa Lemah & Rebah" - Jackie Chan Pengsan Di Set Penggambaran, Masih Teruskan Lagak Ngeri!

gempak
09/10/2024
16:18 MYT
Pelakon popular Hong Kong, Jackie Chan tidak terkecuali berdepan dengan situasi yang tidak diingini ketika melakonkan aksi lagak ngeri.
Hiburan

Baim Wong Dakwa Isteri Curang Punca Mahu Cerai: “Lelaki Itu Teman Baik Saya”

gempak
08/10/2024
11:55 MYT
Aktor dan hos terkenal Indonesia, Baim Wong mengesahkan telah memfailkan perceraian terhadap isterinya, Paula Verhoeven, seperti maklumat yang tular di media sosial sebelum ini.
BorakSeeni