#PMTepiKakGee : Tak Tahan Dengan Toksik Netizen, Pemuda Ini Nekad Padam Semua Media Sosial
Soalan:
Salam Kak Gee, boleh panggil saya bob je.
Saya dah lama nak luahkan benda ni dan harapkan Kak Gee siarkan ya.
Saya dah tak tahan dengan dunia media sosial yang penuh isu negatif.
Belum lagi bila lihat komen-komen negatif ‘keyboard warrior’, bukan main lagi masing-masing serupa tuhan.
Saya nekad padam semua media sosial tidak lama lagi.
Jawapan:
Hi Abu, terima kasih kerana sudi #PMTepi KakGee.
Pertama sekali Kak Gee sangat bersetuju apabila Abu bangkitkan isu berkaitan hal negatif dan netizen yang menjadi ‘keyboard warrior’.
Namun itu sebenarnya boleh ditapis oleh kita sebagai pengguna.
Kita bebas memilih kandungan yang sewajarnya.
Tidak semua kandungan itu negatif banyak saja kandungan yang dibuat untuk mendidik dan memberi info kepada umum.
Tepuk dada dan tanya selera.
Namun jika itu pendirian Abu ketika ini, Kak Gee hormat dan ia sememangnya tidak menjadi masalah
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!