PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee; Terasa Diminati Lelaki lebih Muda, Ibu Tiga Anak Nak Follow Instagram Tapi Ini yang Terjadi...

gempak
Gempak Spot
26/07/2020
13:45 MYT
Sponsor Banner
#PMTepiKakGee; Terasa Diminati Lelaki lebih Muda, Ibu Tiga Anak Nak Follow Instagram Tapi Ini yang Terjadi...
SOALAN
Saya seorang isteri orang dengan tiga orang anak. Tinggal di rumah kilang tempat suami bekerja. Sudah 11 tahun tinggal dekat sana.
Budak budak yang kecil masa pertma kali tinggal dekat situ semuanya sudah dewasa. Ada sorang budak bujang, asyik tengok saya sampaikan saya imgat dia sukakan saya. Dari segi tingkah laku, cara dia pandang saya nampak sangat macam suka.
Saya tiba tiba tergerak nak follow dia di Instagram, sudah request nak follow tapi boleh pula dia delete balik.
Sekarang saya dan suami tengah tunggu approved bank untuk dapatkan rumah.
Soalan saya, apa yang saya patut buat sekarang? Buat tak tahu aje ke budak tu?
Yang Benar
Sue86
JAWAPAN
Hi Sue86 terima kasih sudi berkongsi masalah dengan Kak Gee.
Kak Gee punya nasihat untuk dilema Sue86 ini tidak banyak. Kak Gee cuma harap anda pandang tiga anak yang sedang membesar dan suami yang sudah 11 tahun bersama anda.
Apa yang anda harapkan dari seorang lelaki bujang yang anda fikir sukakan anda? Sedangkan anda adalah seorang isteri dan ibu?
Apapun yang anda fikirkan pada saat ini iaitu untuk membuka ruang atau sekadar suka suka untuk berteman juga berkawan dengan mana mana lelaki sekalipun, nasihat Kak Gee, lupakan.
Sayangi diri sendiri dan keluarga anda. Jangan porak perandakan kehidupan yang tidak ada masalah dengan mencipta masalah.
Jika lelaki bujang itu menyukai anda, biarkan ia menjadikan anda idola atau contoh yang baik dan semoga dia bertemu jodoh dengan wanita sebaik anda. Bukan membuka ruang untuk mencipta hal yang boleh membawa masalah kepada anda.
Jadi nasihat Kak Gee, tidak perlu buat apa apa bila Instagram anda dibuang olehnya. Fokus kepada keluarga dan berdoa semoga permohonan pinjaman kewangan untuk rumah yang anda dan suami sedang nantikan, diluluskan.
Itu kisah Sue86, bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?
Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.
KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.
Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.
Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.
Selain Anita, pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.
Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live