PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee: "Terima Kasih Kak Gee Kerana Jadi tempat Luahan” - Abang Kongsi Kisah Adik Luah Perasaan Pada Kak Gee Kini Sudah Tiada
Soalan:
Salam Kak Gee. Terima kasih sebab jadi tempat luahan adik saya. Dia buat keputusan bagitahu family yang dia ada kanser usus perut. Tak tahulah kak gee masih ingat lagi ke tak.
Tapi Allah swt lebih sayang dia Kak Gee. Seminggu lalu adik saya telah meninggal dunia disebabkan kanser usus perut yang kronik. Rupanya 2 tahun dah dia simpan, selama ini kami satu keluarga ingatkan dia gastrik.
Kami begitu terasa kehilangannya. Dia lah anak bongsu dan adik yang sangat ceria dalam rumah. Terima kasih Kak Gee kerana beri peluang untuk adik saya berkongsi cerita.
Abang
Jawapan:
Waalaikumussalam Abang. Salam takziah Kak Gee ucapkan pada Abang dan keluarga atas kehilangan adik yang tercinta.
Buat pertama kali Kak Gee hilang kata-kata. Kak Gee hanya sekadar berkongsi nasihat semampu yang Kak Gee boleh kerana setiap daripada kita berhak ada seseorang yang sudi mendengar masalah, mahupun cerita mereka.
Kak Gee harap Abang dan ahli keluarga lain tabah dan sentiasa bersabar dengan kehilangan yang cukup besar dalam keluarga Abang. Allah lebih sayangkan adik dan mungkin tidak mahu dia menderita lebih lama. Anggaplah ianya suatu dugaan untuk kita semua belajar bersabar dan menggunakan masa yang ada untuk saling sayang menyayangi antara satu sama lain.
Kak Gee harap Abang sentiasa berdoa dan sedekahkan Al-Fatihah buat adik yang telah pergi. Semoga kita semua di bawah perlindungan-Nya.
Sampaikan salam takziah Kak Gee pada keluarga Abang dan salam sayang daripada Kak Gee.
Itu kisah Abang, bagaimana pula dengan kisah seorang ustaz yang berperang dengan kisah lampau?
Jangan lupa saksikan Ada Apa Dengan Dosa yang mengangkat kisah seorang ustaz menghadapi dosa silam apabila pernah berzina hingga melahirkan anak luar nikah.
Lebih menakutkan, anak itu membesar sebagai seorang yang berfikiran bebas dan tidak mempercayai kewujudan Tuhan hingga mahu membunuh diri.
Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi pelakon, Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.
Ada Apa Dengan Dosa akan ditayangkan di saluran Astro First bermula 4 Jun ini.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!