#PMTepiKakGee : Terlalu Ramai Pillihan Calon Suami, Tak Tahu Nak Pilih Mana Satu!
Soalan:
Salam Kak Gee, boleh panggil saya Lady je.
Saya ni kalau ikutkan dah nak kena kahwin dah tapi itulah saya sekarang dalam dilema nak pilih mana satu.
Kalau saya cerita mungkin ramai tak percaya tapi sekarang ni saya ada lima lelaki nak pilih untuk dijadikan suami.
Kisahnya sekarang, saya ada teman lelaki tapi dia main tarik tali pula dan pada masa sama seorang lagi yang saya kenal rapat tidak henti meluahkan hasrat dia untuk lamar saya.
Lagi tiga tu adalah jiran serta beberapa calon daripada ibu saya sendiri.
Ye lah Kak Gee, saya ni anak tunggal.
How Kak Gee? Adakah saya perlu buat list merit demerit semua tu?
Jawapan:
Hi Lady, terima kasih kerana sudi #PMTepi KakGee.
Pertama sekali tahniah kerana mempunyai ramai calon jodoh.
Apa yang KakGee boleh nasihatkan adalah mengikut kata hati sendiri.
Jangan disebabkan calon yang ramai, Lady ambil mudah perkara ini lalu memilih atas dasar rasa suka saja.
Sebaiknya ambil masa sedikit kenali latar belakang dan hati budi setiap daripada mereka.
Namun jika masih keliru, solat istikharah adalah satu cara memohon petunjuk dan jalan yang terbaik dalam apa jua perkara yang dihadapi.
Ianya adalah satu sunnah yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW kepada umatnya.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!