Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee : “Ye Lah Tak Sayang Mak Dah”  - Anak Bingung Ibu Cepat Merajuk & Makin Sensitif!

Hanafis Haris 27/07/2020 | 13:29 MYT

Soalan:

Salam Kak Gee, boleh panggil saya Rizal.

Sejak akhir-akhir ibu saya kuat terasa dengan saya.

Ada saja perkara yang dia tak suka, mesti dia cepat merajuk.

Katanya tak sayang dia dah.

Saya pelik sebab sebelum ni tak macam ni pula Kak Gee.

Apa yang perlu saya buat?

Jawapan:

Walaikumsalam Rizal terima kasih kerana #PMTepiKakGee.

Sebenarnya sayu juga Kak Gee dengar keluhan awak ni, yelah teringat ibu dekat kampung.

Pertama sekali Kak Gee mahu ingatkan Rizal semakin kita berusia, semakin kita sensitif sebenarnya.

Sama ada mahukan lebih tumpuan ataupun perlukan kasih sayang daripada anak-anak.

Mungkin juga ibu berasa sunyi bila dah semakin berusia.

Malah, menurut portal MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, komunikasi dengan warga emas menjadi lebih sensitif dan memerlukan kesabaran yang tinggi.

Komunikasi boleh berlaku melalui lisan mahupun bukan lisan.

Komunikasi berkesan berlaku sekiranya penerima menerima dan memahami hasrat serta maksud penyampai.

Warga emas adalah orang yang amat berpengalaman dalam kehidupan, jadi gaya komunikasi mereka juga dijiwai sejak bertahun-tahun lagi.

Oleh itu sudah menjadi kewajipan bagi setiap insan bergelar anak menjaga hubungan baik dengan ibu bapa lebih-lebih lagi yang lanjut usia.

Itu kisah Rizal, bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?

Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.

KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.

Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.

Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.

Selain Anita, pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.

Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!

#Ibu #PMTepiKakGee #“Keluarga #Iskandar”
;