Sekilas
- Prince Syed berkongsi rasa kagum terhadap ibunya yang sentiasa membawa aura positif dan tidak pernah menjadi toksik dalam keluarga.
- Ibunya tidak pernah mencari kesalahan menantu dan sentiasa menjadi pendamai dalam rumah tangga anak-anak.
- Syed turut terharu kerana ibunya tidak pernah mengharapkan balasan kewangan daripada anak-anaknya.
Perkongsian video usahawan dan personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa kagum terhadap keperibadian ibunya menarik perhatian netizen.
Disifatkan sebagai contoh terbaik seorang wanita bergelar ibu dan mentua, Syed memuji sikap ibunya yang sentiasa membawa aura positif dalam keluarga dan tidak pernah menjadi individu yang toksik atau mencetuskan konflik dalam rumah tangga anak-anak.
"Ini baru betul namanya seorang ibu, layak digelar ibu terbaik, sentiasa menjadi aura positif bukan jadi orang tua yang negatif dan toksik,” katanya.
Menurut Syed lagi, ibunya juga tidak pernah mencari kesalahan menantu meskipun menyedari setiap individu mempunyai perangai dan kelemahan tersendiri.
"Tak pernah cari kesalahan menantu. Menantu perangai macam-macam pun tapi sentiasa jadi pendamai, bukan jadi api dan toksik yang sangat memusnahkan dan runtuhkan rumah tangga anak-beranak,” katanya lagi.
Dalam masa sama, Syed turut berasa terharu apabila ibunya tidak pernah mengharapkan sebarang balasan daripada anak-anak termasuk dari segi kewangan.
“Lepas itu tak pernah minta sesen pun duit walaupun daripada anaknya sendiri,” katanya.
Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada warganet yang rata-ratanya menganggap sikap ibu Syed sebagai contoh mentua idaman dan figura ibu yang wajar dijadikan teladan.
Sumber - TikTok